PRU15: “Saya Rela Dipecat” – Hishammuddin Nyatakan Pendirian Tidak Akan Bekerjasama Dengan PH
Khabar angin mengenai kerjasama di antara PH dan BN semakin kuat setelah tular hari ini perjumpaan ‘rahsia’ di antara kedua-dua pimpinan tertinggi parti gabungan itu di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Datuk Seri Hishammuddin Hussein tetap dengan pendiriannya untuk tidak menjalinkan sebarang kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH).
Menerusi satu hantaran di laman Facebook rasminya, Bendahari Agung Barisan Nasional (BN) itu turut rela dipecat dan tidak akan mengubah keputusannya.
“No Anwar, No DAP” – Hishamuddin
“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi, tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan. Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.
“No Anwar, No DAP, pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” tulisnya.
Khabar angin mengenai kerjasama di antara PH dan BN semakin kuat setelah tular hari ini perjumpaan ‘rahsia’ di antara kedua-dua pimpinan tertinggi parti gabungan itu di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur.
Muhyiddin yakin dapat sokongan untuk bentuk kerajaan
Terdahulu, media melaporkan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa beliau yakin telah mendapat sokongan ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan persekutuan.