
PRU15: Adakah Kerajaan Persekutuan Baharu Akan Diketahui Hari Ini?
Kedua-dua parti gabungan yakin mereka mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan persekutuan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setelah lebih 24 jam Parlimen tergantung kerana tiada gabungan parti yang mendapat majoriti mudah dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), sudah pasti menjadi persoalan ramai adakah kerajaan baharu akan diketahui hari ini.
Baca artikel berkaitan: PRU15: Keputusan Penuh Undian Pilihan Raya Umum ke-15
Agong titah parti buat perakuan gabungan sebelum jam 2 petang hari ini
Semalam (20 November), Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riáyatuddin Al-Mustafa Billah Shah menintahkan parti politik membuat perakuan gabungan politik untuk menubuhkan kerajaan baharu sebelum jam 2 petang hari ini (21 November).
Titah Baginda, gabungan parti politik yang dipersetujui harus mengemukakan nama seorang ahli yang mendapat kepercayaan majoriti untuk menjadi calon Perdana Menteri ke-10.
Baca artikel berkaitan: PRU15: Agong Gesa Pemimpin Parti Serahkan Nama PM Pilihan Pada Jam 2PM, Hari Ini


GPS setuju kerjasama dengan PN, BN, dan GRS
Susulan itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyatakan persetujuan mereka untuk bekerjasama bagi membentuk kerajaan campuran bersama Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).
Kenyataan itu diberikan oleh Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada petang Ahad menerusi media sosial rasminya.
Kenyataan media oleh GPS. pic.twitter.com/azan8bcYHI
— Ikhwan (@JatIkhwan) November 20, 2022
Ia susulan pertemuan yang diadakan bersama Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada sebelah pagi.
Ekoran itu, Muhyiddin mendakwa beliau sudah memilik bilangan sokongan yang mencukupi untuk membolehkan dirinya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.
Kenyataan Media Pengerusi Perikatan Nasional pic.twitter.com/1tcyjGwmkB
— Muhyiddin Yassin (@MuhyiddinYassin) November 20, 2022
Baca artikel berkaitan: Muhyiddin Yakin Bakal Peroleh Sokongan Mencukupi Untuk Jadi PM Ke-10
Zahid nafi bincang antara GPS dan PN untuk tubuh kerajaan
Bagaimanapun, Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan gabungan itu ada berbincang dengan GPS bagi menubuhkan kerajaan campuran bersama PN.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menegaskan, tiada apa-apa rundingan yang dibuat antara gabungan itu dengan PN buat masa ini.
Menurut sumber dalaman BN, 20 daripada 30 ahli Parlimen berkenaan bersedia menandatangani akuan bersumpah (SD) yang menyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dilantik sebagai Perdana Menteri sekali gus membentuk kerajaan baharu.
Sementara itu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Bin Alias menerusi satu kenyataan media turut memberi cadangan agar Muhyiddin diangkat menjadi Perdana Menteri ke-10
Kenyataan media 20 November 2022 pic.twitter.com/t66uCxDnux
— Jalaluddin Alias (@jalaluddinalias) November 20, 2022
PH yakin terajui Malaysia, bilangan kerusi sudah mencukupi
Pada masa sama, Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim juga yakin beliau akan menerajui Malaysia kerana memiliki bilangan kerusi mencukupi.
Terkini, difahamkan Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Zahid di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur sebentar tadi.
Baca artikel berkaitan: PRU15: Pemimpin PH & BN Adakan Pertemuan Hari Ini, 21 November
— zrnhs (@ZareenH_s) November 21, 2022
Sehingga kini, ia meninggalkan persoalan yang cukup mendalam kepada rakyat Malaysia tentang kerajaan gabungan manakah yang bakal memimpin negara untuk jangka masa lima tahun mendatang.
Diharapkan kemelot politik ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin dan parti gabungan yang akan membentuk kerajaan menjalankan amanah yang diberikan kepada mereka sebaik mungkin.