fbpx
Now Reading
Agong Titah 30 Ahli Parlimen BN Menghadap Di Istana Negara Esok

Agong Titah 30 Ahli Parlimen BN Menghadap Di Istana Negara Esok

E: Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, berkata ianya adalah lanjutan daripada sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional pada jam 4.30 petang tadi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Istana Negara sebentar tadi memaklumkan 30 Ali Parlimen daripada Barisan Nasional akan dipanggil menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara esok, 23 November.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Dato Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata ianya adalah lanjutan daripada sesi menghadap ketua-ketua gabungan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional pada jam 4.30 petang tadi.

Sesi menghadap secara individu ini dijadualkan berlangsung pada jam 10.30 pagi esok (23 November 2022) di Istana Negara.

“Proses ini adalah bertujuan supaya KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Mustaln Billah dapat membuat keputusan bagi melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.”

Seri Paduka Baginda dalam sama turut menyeru dan menasihati seluruh rakyat agar bersabar dan bertenang sehingga proses pembentukan kerajaan baharu dan pelantikan bakal Perdana Menteri Malaysia ke-10 selesai.

“Seri Paduka Baginda turut menyeru rakyat untuk bersama mendoakan semoga proses tersebut dipermudahkan dan berjalan lancar demi kepentingan tanah air yang tercinta,” kata kenyataan itu lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.