fbpx
Now Reading
Campak Wang Dalam Mall, Tindakan Lelaki Ini Undang Pelbagai Reaksi Ramai [Video]
campak duit

Campak Wang Dalam Mall, Tindakan Lelaki Ini Undang Pelbagai Reaksi Ramai [Video]

Dianggarkan wang yang dilemparkan dari tingkat atas pusat beli-belah itu bernilai lebih kurang RM800 ke RM1,000.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Terdapat pelbagai cara untuk memberikan wang atau sumbangan kepada orang ramai, contohnya menyalurkan ke tabung tertentu seperti di masjid, pemindahan wang melalui akaun bank serta banyak lagi.

Setiap sumbangan atau wang yang ingin diberikan kepada orang ramai perlulah dengan penuh adab dan cara yang betul agar mereka yang menerima itu dapat mengambilnya dengan hati terbuka.

Tular video individu campak duit undang perhatian ramai

Terbaharu, tular satu video di media sosial dikongsikan oleh seorang individu yang menunjukkan tindakannya mencampakkan sejumlah wang hingga mendapat perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan individu berkenaan berada di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota dan memegang sejumlah wang kertas RM100 yang bernilai lebih kurang RM800 ke RM1,000.

Dia yang juga berdiri di satu tingkat yang tinggi kemudian menaburkan wang yang dipegangnya itu ke bawah.

Wang bertebangan turun ke tingkat bawah, tindakan individu undang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai

Turut kelihatan wang tersebut bertebangan sehingga ke tingkat bawah.

Tindakannya itu bagaimanapun, telah mengundang pelbagai reaksi di kalangan orang ramai yang menasihatkan individu itu agar memberikan wang berkenaan kepada yang memerlukan.

Tidak kurang juga ada yang berseloroh agar wang tersebut diberikan kepada mereka atau memaklumkan lebih awal jika mahu melakukan tindakan itu lagi.

Menerusi tinjauan kami dalam akaun TikTok individu berkenaan, sebelum ini dia turut menyelitkan beberapa wang kertas di beberapa tempat seperti kedai buku dan juga rumput di tepi jalan.

‘Jangan campak situ baik bagi orang yang benar-benar susah kan lebih baik’

‘Bila nak buat lagi macam ni’

‘Kalau jumpa, takut pula nak ambil sebab bukan kita punya’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.