fbpx
Now Reading
Mufti Pulau Pinang Minta Ketatkan Syarat Bagi Pertauliahan Untuk Mengajar & Dakwah
Mufti Pulau Pinang minta perketatkan syarat tauliah ajar agama dan berdakwah

Mufti Pulau Pinang Minta Ketatkan Syarat Bagi Pertauliahan Untuk Mengajar & Dakwah

Jelas Mufti Pulau Pinang itu ia adalah satu perkara yang menyedihkan apabila medan dakwah ini dimasuki oleh pelbagai ragam manusia yang segelintirnya tidak mempunyai kelayakan dari sudut ilmu serta uslub dakwah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, tular beberapa video yang memaparkan pasangan pendakwah bebas iaitu Ustazah Siti Afifah dan suaminya yang didakwa sering mengeluarkan kenyataan kontroversi.

Malah kenyataannya itu turut mengundang perdebatan dan rasa kurang senang di kalangan orang ramai.

Perkara itu turut mendapat perhatian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menasihatkan agar pasangan pendakwah bebas itu untuk mengambil pendekatan berhikmah serta sesuai dalam menyampaikan dakwah.

Baca artikel berkaitan: ‘Dakwahlah Dengan Berhikmah’ – JAKIM Tegur Ustazah Siti Afifah & Suami

Mufti Pulau Pinang cadang pihak berkuasa agama perketatkan syarat tauliah bagi mengajar

Terbaharu Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor mencadangkan agar pihak berkuasa agama di peringkat pusat mahupun negeri untuk memperketatkan syarat pertauliahan mengajar agama supaya ia dapat mengelakkan medan dakwah berkenaan dari sebarang elemen negatif.

Memetik laporan Kosmo, beliau memaklumkan bahawa pihak berkuasa agama hendaklah memberikan perhatian dalam aktiviti dilakukan oleh individu yang sudah memiliki tauliah dalam berdakwah.

“Memang mendukacitakan apabila kita mendapati medan dakwah di negara pada masa kini dimasuki oleh pelbagai jenis dan ragam manusia, malah sesetengah mereka tiada kelayakan daripada sudut ilmu dan uslub berdakwah.

“Untuk membersihkan medan dakwah daripada elemen-elemen negatif ini maka pihak berkuasa agama baik di peringkat persekutuan dan negeri perlulah memperketat syarat-syarat pertauliahan mengajar agama dan dakwah di samaping memantau aktiviti yang dijalankan oleh mereka yang sudah ditauliahkan,” jelas Mufti Pulau Pinang itu.

Individu wajar dihalang bagi ceramah jika boleh menyebabkan ramai keliru

Ujarnya, sekiranya terdapat individu menyampaikan kuliah atau ajaran yang membuatkan orang ramai keliru atau menghasut masyarakat kepada perpecahan sehingga boleh membawa kebencian atau lain-lain, ia wajar dihalang dari memberi ceramah atau mengajar orang awam dengan penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

“Sudah sampai masanya pihak kerajaan bertegas dalam aspek ini demi membersihkan medan dakwah islamiah daripada ‘sampah sarap’ yang mencemarinya.

“Ini juga bertujuan memelihara imej agama Islam sebagai pembawa misi rahmat untuk semesta alam,” ujarnya lagi.

Hanya yang arif dibenarkan untuk mengulas sesuatu perkara

Menurutnya, hal tersebut sama seperti bidang lain yang membenarkan individu yang arif terhadap sesuatu bidang untuk mengulas mengenainya.

“Contohnya hanya ahli ekonomi yang berhak bercakap dan memberi pandangan tentang hal ehwal ekonomi. Hanya pakar perubatan sahaja yang berhak merawat pesakit dan hanya jururtera binaan sahaja yang berhak menyeliah sebuha bangunan, begitulah seterusnya.

“Kenapa dalam lapangan dakwah, kita boleh membenarkan mereka yang tiada kelayakan memasukinya? Lantaran itu pihak-pihak berkuasa perlu menyaring secara teliti setiap individu yang melibatkan diri di dalam bidang dakwah,” jelasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.