fbpx
Now Reading
‘Buatlah Kat Atas Meja’ – Wanita Lipat Kain Depan Mesin Pengering Undang Kecaman [Video]

‘Buatlah Kat Atas Meja’ – Wanita Lipat Kain Depan Mesin Pengering Undang Kecaman [Video]

Menurut pemilik video, dia memiliki jumlah baju yang agak banyak dan menyebabkannya sukar untuk masukkan kesemua pakaian ke dalam mesin pengering bersaiz kecil di bahagian yang tinggi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, kedai dobi layan diri merupakan salah satu kemudahan buat orang ramai terutamanya bagi yang tidak mempunyai mesin basuh baju atau pengering pakaian di rumah.

Sebagai pengguna pula, sikap tolak ansur dan tidak mementingkan diri ketika berada di sebuah kedai dobi amatlah penting agar mesin yang telah disediakan itu boleh diguna oleh pelanggan yang lain.

Wanita lipat baju depan mesin pengering di kedai dobi layan diri

Namun baru-baru ini tular di media sosial satu video yang memaparkan tindakan seorang wanita yang dilihat melipat pakaian di hadapan mesin pengering di sebuah kedai dobi layan diri.

Menerusi satu perkongsian di laman Twitter, jelas kelihatan sikap wanita terbabit seperti melengahkan masa orang lain untuk menggunakan mesin pengering itu.

Pada video sama, kedengaran jelas suara perakam yang menegur wanita terbabit untuk tidak melipat pakaiannya di hadapan mesin pengering pakaian 20 kilogram (Kg) yang berada di bahagian bawah.

Perakam harus menggunakan mesin bersaiz besar kerana baju yang banyak

Menurut perakam, dia mempunyai baju yang banyak menyebabkan agak sukar untuk dirinya memasukkan semua pakaian di dalam mesin pengering bersaiz kecil di bahagian yang tinggi.

Tidak hanya itu, perakam turut menyuruh wanita itu menggunakan meja yang telah disediakan oleh pemilik dobi untuk melipat pakaiannya.

Teguran perakam tidak diendahkan wanita itu

Bagaimanapun, teguran si perakam tidak diendahkan oleh wanita tersebut yang terus melipat pakaiannya sambil dimasukkan ke dalam plastik berwarna hitam.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan wanita itu yang disifatkan sebagai pentingkan diri dan tidak bertolak ansur.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.