fbpx
Now Reading
Muat Naik Jadual Berserta Kapsyen Bahasa Melayu, IG Manchester United Undang Perhatian Ramai
Manchester United guna bahasa melayu

Muat Naik Jadual Berserta Kapsyen Bahasa Melayu, IG Manchester United Undang Perhatian Ramai

Hantaran itu secara tidak langsung telah membuatkan ramai rakyat di negara ini teruja sebaik sahaja melihat kelab Manchester United menggunakan Bahasa Melayu di dalam hantarannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap individu yang meminati sukan bola sepak sudah tentu mempunyai kelab pilihan mereka yang tersendiri.

Antara kelab pilihan yang terkenal dan mempunyai sokongan yang tidak kurang hebatnya sudah tentulah Machester United, Arsenal, Chelsea, Liverpool, Manchester City serta banyak lagi.

Apabila sudah menjadi kelab yang besar sudah tentunya media sosial mereka menjadi perhatian oleh para peminat yang menanti setiap maklumat berkenaan pasukan kesayangan mereka.

Manchester United jadi perhatian ramai lepas guna Bahasa Melayu

Terbaharu kelab Manchester United menjadi perhatian ramai rakyat Malaysia sebaik sahaja memuat naik satu gambar di akaun Instagram rasminya.

Menerusi hantaran tersebut, pengendali akaun MU telah memuat naik jadual perlawanan kelab bagi sepanjang bulan Januari 2023. Namun apa yang mencuri tumpuan ialah jadual dan kapsyennya ditulis dengan menggunakan Bahasa Melayu.

“Memulakan 2023 dengan lima perlawanan pada bulan pertama,” tulisnya dalam kapsyen.

Ramai teruja, ada sangka ia mungkin server Malaysia

Perkongsian itu secara tidak langsung telah menarik perhatian ramai rakyat Malaysia yang teruja apabila melihat hantaran yang dimuat naik oleh kelab gergasi Eropah itu.

Malah mereka juga sempat bergurau senda dengan menyatakan individu yang mengendalikan media sosial berkenaan berasal dari Malaysia serta beberapa negeri lain seperti Kuala Lumpur, Kedah, Kota Bharu dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan juga ada yang menyatakan mungkin ia menggunakan server Malaysia seperti yang pernah berlaku dalam satu video yang dimuat naik di TikTok dengan menggunakan suara latar dari Ryan Bakery pada tahun lalu.

‘Siapa admin ni? Terima kasih sebab letak Bahasa Melayu… saya bangga dengan awak’

‘Steady admin orang Kota Bharu’

‘Ingatkan owner orang United Kingdom padahal orang Malaysia’

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.