fbpx
Now Reading
“Ini Malaysia!” – Pak Arab Dihalau Keluar Dari Bas Selepas Tunjuk Biadap Letak Kaki Atas Kepala Kerusi [Video]

“Ini Malaysia!” – Pak Arab Dihalau Keluar Dari Bas Selepas Tunjuk Biadap Letak Kaki Atas Kepala Kerusi [Video]

Tidak dapat menahan sikap biadap pelancong itu, pemandu bas terbabit bertindak menghalaunya keluar namun dia enggan meninggalkan bas tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selain daripada kaya dengan pelbagai budaya, bangsa dan agama, negara Malaysia juga terkenal dengan keramahan serta adap saling menghormati yang tinggi.

Situasi kecoh di dalam bas kerana sikap biadap pelancong

Bagaimanapun, baru-baru ini tular satu video yang memaparkan situasi kecoh yang berlaku di dalam sebuah bas di Malaysia kerana sikap biadap seorang pelancong luar negara.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @rico_sibarani, terlihat pertengkaran berlaku di antara pemandu bas tersebut dan juga pelancong yang dipercayai berbangsa Arab.

Pelancong letak kaki atas kepala kerusi bas

Difahamkan, situasi tegang itu berlaku selepas pelancong terbabit didapati bertindak biadap dengan meletakkan kakinya di atas kepala kerusi bas di hadapannya.

Tindakan tidak sopan itu menyebabkan pemandu bas terbabit menegurnya, namun tidak diendahkan oleh pelancong tersebut.

Tak tahan dengan sikap biadap, pemandu halau pelancong keluar dari bas

Tidak dapat menahan sikap biadap pelancong itu, pemandu bas terbabit bertindak menghalaunya keluar namun dia enggan meninggalkan bas tersebut.

Pada video sama, ketika pemandu bas terbabit keluar meninggalkan bas itu, kelihatan seorang wanita yang juga dipercayai berbangsa Arab sedang cuba menangkan lelaki terbabit.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan pemandu bas terbabit yang lantang bersuara menegur tindakan tidak sopan pelancong tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.