fbpx
Now Reading
Mabuk & Buat Onar Di Restoran, Pelakon Didenda RM20

Mabuk & Buat Onar Di Restoran, Pelakon Didenda RM20

Mengikut pertuduhan, Persana yang juga berasal dari Sabah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 510 Kanun Keseksaan apabila membuat kacau di sebuah restoran di Damai Plaza Luyang, Kota Kinabalu pada 5 Januari sekitar jam 11 malam.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Mahkamah Majistret Kota Kinabalu semalam (10 Januari) telah mendenda seorang pelakon wanita gara-gara mabuk dan membuat kacau di sebuah restoran pada 5 Januari lalu.

Persana Avril Sollunda yang juga bekas model dijatuhi hukuman tersebut oleh Majistret Stephanie Sherron Abbie selepas dia membuat pengakuan bersalah atas pertuduhan yang dibacakan kepadanya, lapor BH.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara selama sehari sekiranya wanita berusia 40 itu gagal membayar denda. Dia bagaimanapun membayar denda berkenaan

Foto: Berita Harian

Buat kacau di restoran di Damai Plaza, KK

Mengikut pertuduhan, Persana yang juga berasal dari Sabah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 510 Kanun Keseksaan apabila membuat kacau di sebuah restoran di Damai Plaza Luyang, Kota Kinabalu pada 5 Januari sekitar jam 11 malam.

Dia dikatakan dalam keadaan mabuk serta berkelakuan tidak senonoh hingga gagal mengawal diri lalu mengganggu pelanggan lain.

Seksyen 510 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga 10 hari atau didenda tidak melebihi dua puluh ringgit atau kedua-duanya sekali sekiranya sabit kesalahan.

Difahamkan sewaktu kejadian, pasukan polis yang tiba di lokasi telah menahan tertuduh yang pada waktu itu sedang dipegang oleh beberapa pekerja restoran sebagai cubaan mengawalnnya dari terus membuat kacau di restoran berkenaan.

Persana kemudiannya telah direman selama lima hari untuk siasatan dan semakan lanjut pihak berkuasa mendapati dia mempunyai rekod kesalahan lampau mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Pernah tular berkelakuan lucah di Petaling Street

Sebagai rekod, Persana atau nama komersialnya Shanna Avril pernah ditularkan di media sosial gara-gara berkelakuan lucah di Petaling Street, Kuala Lumpur pada 23 April 2015.

Dia kemudiannya dituduh mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan sebelum Majistret Nur Aminahtul Mardhiah memutuskan mengenakan Bon berkelakuan baik selama dua tahun dengan jaminan RM4,000 bagi tertuduh.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.