fbpx
Now Reading
“Murid Target Dah Jadi CEO?” – Gadis Dakwa Boleh Berjaya Tanpa Pendidikan Tinggi Dikecam Ramai [Video]

“Murid Target Dah Jadi CEO?” – Gadis Dakwa Boleh Berjaya Tanpa Pendidikan Tinggi Dikecam Ramai [Video]

Selain memberi kenyataan bersifat provokasi kepada murid harapan sekolah, gadis tersebut juga mendakwa pernah dikatakan tiada masa depan oleh gurunya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kecil lagi, kita didedahkan tentang betapa pentingnya pendidikan bagi menjamin masa depan yang lebih cerah.

Tidak dinafikan, jika seseorang itu tidak meraih keputusan yang cemerlang semasa dibangku sekolah tidak bermakna dia tidak boleh kecapi kejayaan.

Masih terdapat pelbagai ilmu seperti dalam bidang kemahiran yang boleh dipelajari asalkan seseorang itu belajar dengan bersungguh-sungguh dan tidak kenal erti putus asa.

Trend boleh berjaya walaupun tiada pelajaran

Namun, sejak kebelakangan ini, generasi muda kerap memuat naik trend mampu berjaya walaupun tidak menyambung pelajaran di media sosial menyebabkan ia menjadi bualan hangat orang ramai.

Menerusi hantaran di laman TikTok akaun @paahcantekk, gadis tersebut mendakwa pernah dikatakan tiada masa depan oleh gurunya.

“Pernah dibilang tiada masa depan oleh guru sendiri, apa khabar murid target? Dah jadi CEO?” tulisnya dalam video.

Pada video sama, kelihatan juga sebuah kereta jenis Mercedes AMG A45 dibelakangnya sebagai simbolik terhadap kejayaan yang telah dikecapinya.

Kenyataan bersifat provokasi pada murid harapan sekolah undang pelbagai reaksi

Kenyataan bersifat seakan provokasi terhadap murid harapan sekolah itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Memindai ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut menyelar dan tidak bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh gadis tersebut.

Tidak hanya menerusi komen, segelintir individu yang berjaya melanjutkan pelajaran hingga ke peringkat universiti juga tampil memberi respon berserta dengan karier mereka.

@trcyjntm

“Education influences and shapes our value systems, characters and destinies — and it makes life more resourceful, rewarding and meaningful.” – Dr. T.P.Chia

♬ suara asli – 𝘽𝘼𝙈𝘽𝙊 𝙀𝙎𝙏𝙀𝙎𝙏𝙊𝘿 🌀 – 𝙱𝙰𝙼𝙱𝙾 𝙴𝚂𝚃𝙴𝚂𝚃𝙾𝙳 🌀

“Pendidikan mempengaruhi dan membentuk sistem nilai, watak dan takdir kita – dan ia menjadikan hidup ini lebih bijak, bermanfaat dan bermakna.”

Pengguna TikTok, trcyjntm
@eriensyaza

Untuk adik2 dkt luar sana, jangan pernah berhenti belajar, ilmu yg kita akan bawak masuk kubur nnti, bukan kereta 🫶🏻🫶🏻

♬ suara asli – 𝘽𝘼𝙈𝘽𝙊 𝙀𝙎𝙏𝙀𝙎𝙏𝙊𝘿 🌀 – 𝙱𝙰𝙼𝙱𝙾 𝙴𝚂𝚃𝙴𝚂𝚃𝙾𝙳 🌀

“Untuk adik-adik dekat luar sana, jangan pernah berhenti belajar, ilmu yang kita bawa masuk kubur nanti bukannya kereta.”

Pengguna TikTok, eriensyaza
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.