fbpx
Now Reading
Rejim Zionis Kembali Serang Jemaah Masjid Al-Aqsa Di Bulan Ramadan [Video]

Rejim Zionis Kembali Serang Jemaah Masjid Al-Aqsa Di Bulan Ramadan [Video]

Difahamkan, serangan itu menyebabkan hampir 400 jemaah masjid ditahan selepas dipukul dan diserang dengan kejam oleh rejim Zionis, lapor Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Di bulan Ramadan yang mulia ini, kebanyakan umat Islam di seluruh dunia sedang berpuasa dan beribadah dengan penuh kegembiraan dan ketenangan.

Namun lain ceritanya di negara Palestin apabila hampir setiap tahun apabila masuknya bulan Ramadan, mereka akan diserang dan diperlakukan dengan kejam oleh rejim Zionis

Lebih menyayat hati apabila serangan dilakukan di saat umat Islam sedang melakukan ibadah di masjid.

Rejim Zionis kembali serang jemaah Masjid Al-Aqsa

Terbaharu, tular beberapa video di media sosial apabila Polis Israel menyerang umat Islam yang sedang beribadah di Masjid Al-Aqsa

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Twitter @numanmazlan, pihak berkuasa Zionis dikatakan menyerbu perkarangan Masjid Al-Aqsa dan menyerang jemaah di dalam ruang solat Masjid al-Qibli.

Berdasarkan video tersebut, kelihatan keadaan di dalam ruang solat masjid dipenuhi dengan kepulan asap serta bunyi tembakan.

Para jemaah yang terdiri dari rakyat Palestin juga dilihat dipukul dengan kejam tanpa sebarang sebab oleh rejim penjajah Israel.

Hampir 400 jemaah masjid ditahan

Difahamkan, serangan itu menyebabkan hampir 400 jemaah masjid ditahan selepas dipukul dan diserang dengan kejam oleh rejim Zionis, lapor Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan.

Suara jeritan meminta tolong kedengaran di Baitulmaqdis

Satu lagi video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @m7mdkurd, juga memperdengarkan suara jeritan dan rayuan rakyat Palestine di sekitar kawasan Baitulmaqdis yang sedang meminta tolong.

“Menara masjid menyeru orang ramai untuk berhimpun dan membantu mereka yang cedera di dalam Masjid Al-Aqsa. Menurut Bulan Sabit Merah, tentera Israel kini menghalang pegawai perubatan daripada memasuki tempat kejadian,” tulisnya.

Sementara itu menurut Sinar Harian, serangan itu dilakukan sebelum masuk waktu Subuh pada Rabu (5 Mac) dengan polis Israel mendakwa mereka bertindak balas terhadap ‘rusuhan’.

Bulan Sabit Merah Palestin juga melaporkan, terdapat mangsa yang cedera dan pihak Israel menghalang pegawai perubatannya daripada sampai ke Al-Aqsa.

Menurut saksi, polis Israel turut melontar bom tangan.

Untuk info, konflik di Semenanjung Gaza membabitkan rakyat Palestin dan tentera Israel sudah sampai ke tahap kritikal apabila ia mula menjadi perhatian dunia selepas Tentera Zionis menyerang rakyat Palestin yang sedang beribadat di Masjid Al- Aqsa sejak 2021.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.