fbpx
Now Reading
Pusat Astronomi Antarabangsa Jangka 1 Syawal Jatuh Pada Hari Jumaat 21 April

Pusat Astronomi Antarabangsa Jangka 1 Syawal Jatuh Pada Hari Jumaat 21 April

Bagaimanapun kebanyakan negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun dengan menggunakan teleskop.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Jika tahun lalu, kecoh apabila raya yang disangkakan pada hari Selasa (3 Mei 2022) telah diumumkan jatuh sehari lebih awal iaitu 2 Mei hari Isnin.

Keadaan itu menyebabkan hampir seluruh umat Islam terutamanya di Malaysia mula panik dan ‘kelam kabut’ dalam melakukan persiapan raya di saat akhir.

Tahun ini kemungkinan akhir Ramadan pada 20 April 2023

Tahun ini, kejadian yang sama berkemungkinan berlaku lagi di beberapa negara apabila Pusat Astronomi Antarabangsa yang berpangkalan di Emeriah Arab Bersatu (UAE) menjangkakan akhir Ramadan adalah pada hari Khamis bersamaan 20 April 2023.

Hal ini akan menyebabkan Hari Raya Aidilfitri yang dijangka pada 22 April hari Sabtu akan dianjakkan satu hari lebih awal iaitu hari Jumaat (21 April) bagi sesetengah negara.

Beberapa negara Asia dan Australia mungkin tidak dapat lihat anak bulan Syawal

Menurut Kosmo yang memetik Gulf News, bagaimanapun kebanyakan negara di Asia termasuk Australia mungkin tidak dapat melihat keadaan anak bulan Syawal dengan mata kasar mahupun dengan menggunakan teleskop.

Pun begitu, berkemungkinan juga beberapa negara Islam lain akan dapat melihat anak bulan terbabit pada tarikh tersebut, lapor portal itu lagi.

“Kebanyakan negara Islam mungkin mengumumkan permulaan 1 Syawal pada keesokan harinya yang akan menjadikan hari Jumaat, 21 April sebagai hari pertama Aidilfitri.

Tarikh Hari Raya di Malaysia hanya dibuat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

Terdahulu JAKIM dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pengisytiharan tarikh 1 Syawal pada setiap tahun di Malaysia dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja (PMBRR) dan akan diumumkan melalui media utama.

Pengumuman itu pula dibuat sejurus selepas menerima laporan hasil cerapan anak bulan yang dibuat di 29 lokasi cerapan rasmi setelah mendapat perkenan SPB Yang Di-Pertuan Agong yang mewakili Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Tambah JAKIM, cerapan Hilal Syawal bagi tahun ini (1444H) adalah pada petang hari Khamis, 29 Ramadan 1444H bersamaan 20 April 2023.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.