fbpx
Now Reading
Bunuh Pelari, Hukuman Mati Terhadap Beruang Betina Ditangguhkan
beruang betina dikenakan hukuman mati

Bunuh Pelari, Hukuman Mati Terhadap Beruang Betina Ditangguhkan

Lelaki berusia 26 tahun itu diserang oleh beruang betina berkenaan ketika sedang berlari di kawasan kampungnya, di Caldes.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seekor beruang betina diberi nama JJ4 yang dijatuhi hukuman mati kerana bertindak membunuh seorang lelaki di Itali pada minggu lalu telah mendapat penangguhan dari hukuman terbabit.

Haiwan liar itu sepatutnya perlu dijejaki dan dibunuh namun keputusan berkenaan dibatalkan apabila pihak hak asasi haiwan berjaya campur tangan dalam hal tersebut.

Lelaki diserang oleh beruang ketika berlari di kawasan kampung

Lelaki yang dikenali sebagai Andrea Papi, 26, telah diserang oleh seekor beruang pada minggu lalu ketika sedang berlari di kawasan kampungnya, Caldes, di wilayah timur Trentino.

Memetik laporan Wion News, Papi dilaporkan tidak pulang ke rumah dan keluarganya kemudian telah menggesa agar pasukan mencari dan menyelamat untuk mencari lelaki berkenaan.

Mayat mangsa ditemukan dengan kesan luka di leher, tangan dan dada

Mayatnya kemudian ditemukan dengan kesan luka di leher, tangan dan dada. Sampel DNA turut ditemui pada sebatang kayu di lokasi kejadian yang digunakan oleh lelaki tersebut untuk mempertahankan dirinya namun gagal.

Pihak berkuasa selepas menyiasat tempat kejadian kemudiannya menyimpulkan ia berpunca dari beruang yang berusia 17 tahun itu dan hasil bedah siasat turut mengesahkan teori berkenaan.

Gabenor tandatangan arahan bunuh beruang betina namun ditentang LAV

Gabenor Trento iaitu Maurizio Fugatti lalu menandatangani arahan bagi membunuh haiwan liar tersebut tetapi sebuah kumpulan kempen hak haiwan, Anti Vivisection Itali (LAV) bertindak membantah keputusan tersebut dan pergi ke mahkamah untuk membuat petisyen mengenai penangguhan itu.

Tribunal Trento kemudian bersetuju untuk menangguhkan hukuman terhadap beruang tersebut. LAV lalu menggunakan Twitter mereka untuk meraikan keputusan tersebut dengan memuat naik gambar seekor bayi beruang dan ibunya.

“Perintah itu telah digantung oleh tribunal wilayah yang menerima permintaan kami,” ciap LAV.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.