fbpx
kanak-kanak menari

Gelagat Kanak-Kanak Menari Moonwalk Seperti Michael Jackson Curi Tumpuan Ramai [Video]

Menerusi video turut kedengaran perakam tersebut kagum dengan tarian kanak-kanak itu apabila bersorak ketika dia melakukan moonwalk.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Michael Jackson merupakan antara selebriti yang diminati oleh ramai pihak dan pelbagai peringkat umur.

Meskipun sudah meninggal dunia sekitar 2009 yang lalu, namun lagu dan tariannya terus popular dan sering menjadi ikutan orang ramai sehingga ke hari ini.

Malah, tidak dinafikan tarian yang dinamakan Moonwalk itu juga memerlukan latihan yang lama untuk seseorang individu itu mahir.

Gelagat kanak-kanak di depan dobi undang perhatian

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan gelagat seorang kanak-kanak lelaki sedang menari di hadapan sebuah kedai dobi dipercayai di Setia Alam, Selangor.

Menerusi video dikongsikan oleh @eqyrunner kelihatan kanak-kanak tersebut berjalan dari kiri ke kanan sambil menari dengan penuh bersemangat sambil diringi muzik yang dipercayai dimainkan oleh kedai berkenaan.

Malah apa yang lebih mencuri tumpuan, setiap lengokan pergerakan badan kanak-kanak itu kelihatan sangat lembut dan cantik apabila dia melakukan pergerakkan.

Dia juga turut memegang bahagian pinggang sama dilakukan oleh raja pop tersebut dalam setiap tariannya.

Perakam video turut teruja lihat persembahan tarian kanak-kanak seperti Michael Jackson

Turut kedengaran perakam video itu bersorak kerana kagum dengan bakat yang ditunjukkan kanak-kanak berkenaan.

“Syok tengok budak ni.. ajar pakcik please (tolong).”

Melihat di ruangan balas, ramai yang teruja melihat tarian adik tersebut dan tidak sangka masih adik generasi kini yang minat dengan Michael Jackson.

“Bukan senang nak jumpa generasi sekarang minat Michael Jackson”

“Boleh pergi jauh budak ni”

“Dik jom buat pertandingan menari dengan abang”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.