fbpx
Now Reading
Intan Serah Sah Sertai NYDLFC, Jadi Pemain Wanita Bola Sepak Pertama Malaysia Beraksi Di Luar Negara

Intan Serah Sah Sertai NYDLFC, Jadi Pemain Wanita Bola Sepak Pertama Malaysia Beraksi Di Luar Negara

Menurut kelab NYDLFC, pada awalnya terdapat sedikit penangguhan disebabkan visa namun semua sudah selesai dan Intan Serah telah sah menyertai mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap atlet kebangsaan sudah tentunya ingin melangkah jauh untuk mengharumkan nama Malaysia.

Begitulah juga pemain bola sepak wanita negara ini iaitu Intan Serah Anisah Zulgafli yang kini sah beraksi bersama sebuah kelab luar negara.

Berita gembira itu dimaklumkan oleh kelab New York Dutch Lions FC (NYDLFC), Amerika Syarikat menerusi akaun Instagram rasminya pada 12 Jun lalu.

Tanda tangan persetujuan sertai kelab NYDLFC

Menerusi hantaran tersebut kelab berkenaan memaklumkan Intan yang berusia 24 tahun telah menandatangani persetujuan untuk menyertai kelab luar negara itu.

“Pemain kebangsaan Malaysia Intan Serah akan bermain untuk NYDLFC!

“Terdapat sedikit penangguhan disebabkan visa yang diperlukan daripada pihak kedutaan, namun semua perkara itu telah berjaya diselesaikan dan Intan boleh memulakan perjalananya bersama kami.

“Selamat datang ke New York dan kami sangat teruja memiliki anda Intan,” ujar kelab tersebut.

Penghijrahan tersebut sekali gus menjadikan Intan Serah sebagai pemain bola sepak wanita pertama Malaysia yang akan beraksi di luar negara.

Yuna tidak lepas peluang untuk saksikan Intan beraksi di New York

Melihat di ruangan komen penyanyi kelahiran Malaysia yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Yuna Zarai turut memberikan semangat kepada atlet berbakat tersebut.

Intan dalan satu komen balas turut dilihat bertanya kepada Yuna adakah dia akan turun menyaksikan pemain bola sepak itu beraksi kelak.

Yuna kemudian meminta agar pemain tersebut memberikannya maklumat lanjut untuk hadir ke perlawanan itu.

Ramai ucap tahniah pada Intan

Selain penyanyi terkenal itu, orang ramai turut tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah kepada pemain bola kebangsaan itu.

Untuk makluman, Intan sebelum ini merupakan aset kepada pasukan wanita kebangsaan dan turut beraksi ketika Sukan SEA di Vietnam pada 2022.

Intan juga aktif dalam bidang seni apabila terlibat dalam bidang lakonan, nyanyian serta streamer.

“Gempak! Selamat maju jaya”

“Wow tahniah, selamat maju jaya dan harap awak boleh mengadaptasinya dengan baik”

“Tahnian Intan Serah”

“Tercapai hajat nak main bola antarabangsa”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.