fbpx
Now Reading
Hanya Kerana Bertudung, Pensyarah Hina Pelajar Islam Di Jerman

Hanya Kerana Bertudung, Pensyarah Hina Pelajar Islam Di Jerman

Hanya kerana pelajar itu bertudung dan beragama Islam, dia dihina dan dimaki hamun oleh pensyarahnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Dalam kehidupan bermasyarakat, kita seharusnya menerima perbezaan budaya dan agama masing-masing di atas muka bumi ini.

Kepelbagaian agama dan budaya perlu dihormati agar kehidupan menjadi lebih harmoni dan mengelakkan daripada berlakunya konflik khususnya sengketa di antara kaum dan agama.

Namun, sedihnya pada zaman yang serba moden ini, masih ada lagi individu yang tidak menghormati budaya dan agama orang lain.

Pelajar Perempuan Muslim Dihina Oleh Pensyarah, Disamakan Dengan Neo Nazi

Begitulah yang terjadi kepada seorang pelajar perempuan di sebuah universiti di Jerman. Hanya kerana dia bertudung dan beragama Islam, dia dipercayai telah dihina dan dimaki hamun oleh pensyarahnya.

Apa yang lebih teruk, pensyarah yang merupakan seorang Profesor dari Universiti Bonn-Rhein-Sieg, Jerman itu memaki hamun dan menghina pelajar perempuan yang dikenali sebagai Gulsen Kurt itu dengan menggunakan kata-kata perkauman malah turut membandingkan tudungnya dengan Swastika yang merupakan simbol Neo-Nazi.

Perkara itu didedahkan oleh peguam pelajar berkenaan, Fatih Zingal. Menurut beliau, insiden itu terjadi ketika pelajar perempuan yang berumur 23 tahun itu menghadiri kelas ekonomi yang dikendalikan oleh pensyarah terbabit.

Perlembagaan Jerman Lindungi Kebebasan Beragama

Tambah beliau, tindakan pensyarah tersebut tidak boleh diterima. Ini kerana Perlembagaan Jerman tidak menghalang penduduknya untuk mengamalkan kebebasan beragama di negara itu.

“Artikel 4 dalam Perlembagaan Jerman melindungi kebebasan agama, dan pelajar dibenarkan hadir ke kelas dengan memakai tudung. Tindakan pensyarah ini tidak boleh diterima,” kata Fatih pada Isnin (12 Jun) lalu.

Malah, ketika kejadian, kebanyakan pelajar di dalam kuliah pensyarah terbabit telah bertindak keluar daripada kelas sebagai tanda protes terhadap apa yang dilakukan olehnya.

“Profesor tersebut tidak membenarkan pelajar yang bertudung hadir ke kelas, sama seperti Neo-Nazi yang memakai Swastika. Dia juga menjerit kepada saya ‘Awak Islamofasis’ dan akan membuat laporan kepada Lembaga Pengarah Universiti,” kata pelajar perempuan itu.

Pihak Universiti Mengeluarkan Permohonan Maaf

Namun, pihak universiti telah pun mengeluarkan permohonan maaf kepada Kurt di atas kejadian yang menimpanya.

Pihak universiti turut menjelaskan bahawa tindakan pensyarah itu adalah sesuatu yang tidak diterima dalam pentadbiran universiti.

Untuk info, Jerman merupakan negara kedua di dunia yang mempunyai populasi muslim terbesar. Berdasarkan data rasmi, hampir lima juta orang Islam direkodkan di negara berkenaan.

Namun, beberapa tahun lepas, isu perkauman dan Islamofobia semakin meningkat di Jerman akibat daripada proganda dan fahaman yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan kepada data yang direkodkan oleh polis, sebanyak 5,372 kes Xenofobia dan 610 kes anti Muslim di Jerman direkodkan pada tahun lepas.

Malah, menurut pakar, angka ini berkemungkinan akan meningkat memandangkan masih ada kes dalam siasatan dan tidak berdaftar dalam sistem secara rasmi.

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Beri Amaran Jangan Sebar Kandungan Provokasi Perkauman & Agama Di Media Sosial

Baca Artikel Berkaitan: Keluar Kenyataan Berbaur Perkauman, Bekas Pemain Badminton Guang Yik Tampil Mohon Maaf [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.