fbpx
Now Reading
“Ini Masalah Akidah” – Netizen Bidas Syed Saddiq Selepas Dakwa Malaysia Terlepas Peluang Ekonomi Daripada Konsert Coldplay

“Ini Masalah Akidah” – Netizen Bidas Syed Saddiq Selepas Dakwa Malaysia Terlepas Peluang Ekonomi Daripada Konsert Coldplay

Syed Saddiq sebelum ini menganggarkan Singapura akan mengutip hasil jualan tiket konsert Coldplay sebanyak RM180 juta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di media mengenai kenyataan Syed Saddiq yang menyifatkan Malaysia terlepas peluang ekonomi selepas kumpulan rock Britain, Coldplay mengumumkan akan mengadakan konsert siri jelajah Coldplay Music of The Sphere selama enam hari di Singapura.

Menurut Presiden Muda itu, Singapura akan meraih keuntungan yang besar sepanjang tempoh konsert Coldplay berlangsung di negara itu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: “Konsert Coldplay 6 Hari Di Singapura, Malaysia Terlepas Peluang Ekonomi” – Syed Saddiq [Video]

Walaupun kenyataan yang diberikan oleh Ahli Parlimen Muar itu dipersetujui ramai, tetapi masih ada segelintir netizen tidak setuju dengan apa yang dikatakan olehnya.

Seorang pengguna media sosial menzahirkan rasa tidak setuju terhadap pendapat Syed Saddiq yang menganggap negara kerugian besar kerana konsert tersebut hanya akan diadakan satu hari sahaja di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada 22 November depan.

Pemikiran utamakan duit adalah masalah akidah dan bersifat materialistik

Menerusi satu hantaran di laman Facebook miliknya, lelaki yang dikenali sebagai Izzat Jo itu mengatakan pemikiran yang mengutamakan duit ini adalah masalah akidah selain bersifat materialistik.

“Untuk faham apa benda yang masalah dengan cara fikir macam ni jom kita tengok satu kisah yang berlaku sewaktu Rasulullah saw membuka kota Mekah,” tulisnya.

Allah larang orang bukan Islam masuk ke Mekah

Izzat turut menyingkap kisah di mana Allah SWT memerintahkan larangan bagi orang bukan Islam untuk masuk ke tanah haram selepas Rasullulah SAW berjaya membuka kota Mekah.

Ketika itu, penduduk di kota Mekah amat terkejut dan bimbang kerana sumber pendapatan mereka pada waktu itu bergantung pada jual beli.

Ini kerana larangan orang bukan Islam masuk ke Mekah akan menyebabkan kekurangan pengunjung ke Baitullah sekaligus menjejaskan perniagaan mereka.

Firman Allah dalam surah At-Talaq

Bagaimanapun, Allah SWT kemudiannya berfirman:

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan membukakan jalan keluar baginya, Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.”

Surah At-Talaq, Ayat 1-2

Menurutnya lagi, perkara ini melibatkan masalah akidah apabila seseorang umat Islam itu tidak yakin bahawa Allah SWT yang sebenarnya memberi rezeki.

Sebaliknya, yakin bahawa usaha diri sendiri itu yang memberikan duit dan kekayaan, jelasnya lagi.

“Jadi ramai manusia yang sanggup buat apa saja walaupun perkara mungkar atas alasan mencari rezeki. Sedangkan pemberi rezeki itu adalah Allah, bukan manusia lain.

“Jadi kesimpulannya di sini, bertaqwalah kepada Allah,” ujarnya.

Umat Islam harus yakin dengan Allah yang memberi rezeki

Berkongsi lanjut, Izzat Jo menyeru umat Islam untuk sentiasa yakin bahawa Allah itu yang memberikan rezeki, kebahagiaan dan kesenangan kepada manusia.

“Allah janji Allah pasti akan berikan jalan keluar dan rezeki yang melimpah ruah kepada kita. Carilah keredhaan Allah bukan keredhaan manusia.”

Memindai di ruangan komen pula, rata-rata pengguna Facebook bersetuju dengan pendapat yang diberikan olehnya tentang isu akidah dan kepercayaan kepada Allah yang memberi segala rezeki.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.