fbpx
Now Reading
Tiket Tak ‘Valid’ Kerana Beli Dari Pihak Ketiga, Peminat Coldplay Kena Scam RM70,000 [Video]

Tiket Tak ‘Valid’ Kerana Beli Dari Pihak Ketiga, Peminat Coldplay Kena Scam RM70,000 [Video]

Dia dan beberapa individu lain telah beratur daripada pagi dan hanya menyedari tiket berkenaan tidak sah ketika semakan oleh pihak urus setia.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Penantian sekian lama peminat kumpulan rock Britain Coldplay di Malaysia berakhir apabila kumpulan itu telah membuat persembahan sulung di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam (22 November).

Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour yang dipersembahkan di hadapan 75,000 pengunjung itu nyata memuaskan hati semua pihak terutama peminat tegar kumpulan berkenaan.

Difahamkan, ada peminat yang sanggup beratur seawal jam 12 tengah malam sebelum persembahan bermula pada jam 8.45 malam.

Namun begitu, tidak semua peminat bernasib baik dapat masuk ke dalam stadium walaupun telah membeli tiket konsert berkenaan.

Sekumpulan Peminat Rugi RM70,000, Beli Tiket Dari Pihak Ketiga

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @thedrproperty, sekumpulan peminat terpaksa berputih mata dan menanggung kerugian sehingga RM70,000 gara-gara tiket yang dibeli tidak sah.

Menurut lelaki berkenaan, tiket tersebut dibeli daripada seorang individu. Dia dan beberapa individu lain telah beratur daripada pagi dan hanya menyedari tiket berkenaan tidak sah ketika semakan oleh pihak urus setia.

Walaupun kecewa dengan nasib yang menimpa, lelaki berkenaan dan rakan-rakannya tetap kekal di lokasi venue dan menikmati persembahan dengan cara mereka tersendiri iaitu mendengar dari luar stadium.

“Kami semua kena scam, jadi tiket tak valid. Tak pasal-pasal kena duduk dengar dekat luar sahaja. Boleh lah buat rasa-rasa.

“Semua dah sampai tapi tiket tak ‘valid’, satu langkah sahaja lagi nak masuk.

“Kami semua datang secara kumpulan, ada yang beli tiket VIP harga lebih RM3,000, ada yang RM758, RM598. Anggaran keseluruhan semua hampir RM60,000 hingga RM70,000,” katanya.

Akan Hadiri Konsert Di Singapura

Walau bagaimanapun, sebagai peminat setia Coldplay, insiden itu tidak mematahkan semangat mereka.

Malah, kumpulan peminat berkenaan memaklumkan akan ke Singapura bagi mengikuti konsert kumpulan yang dianggotai oleh Chris Martin, Will Champion, Jonny Buckland dan Guy Berryman pada Januari tahun hadapan.

“Tak apa lah, kita jumpa pula konsert Coldplay di Singapura nanti,” katanya.

Terdahulu, penganjur konsert Coldplay, Live Nation telah mengumumkan panduan mengemukakan tiket buat mereka yang membeli daripada pihak ketiga.

Buat peminat yang mendapatkan tiket daripada pihak ketiga, mereka perlu mengemukakan beberapa dokumen antaranya seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan, lesen memandu atau pasport yang memaparkan nama pemilik tiket sebenar.
  • Dokumen yang menyokong kepada sebab peralihan pemilikan tiket itu.

Kegagalan mengemukakan dokumen tersebut boleh menyebabkan individu dihalang daripada memasuki ke stadium berkenaan.

Foto: Instagram @livenation.my

Baca Artikel Berkaitan: Ada Yang Sampai RM43k! Tiket Coldplay Sold Out, Scalper Ambil Kesempatan Jual Harga Berlipat Kali Ganda

Baca Artikel Berkaitan: Isu Penjualan Semula Tiket Coldplay, Fahmi Fadzil Arah SKMM Ambil Tindakan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.