Tweet Biadap: Zaki Yamani Dakwa Bukan Pembantu Setpol PM, Tapi Posting Lama Di FB ‘Berbunyi’ Sebaliknya
Ciapan Zaki Yamani yang mendoakan kematian Abdul Hadi turut mendapat perhatian Perdana Menteri yang disifatkannya sebagai biadap.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam nama seorang pengguna Twitter, Zaki Yamani menjadi perbualan hangat selepas dia memuat naik satu ciapan biadap berhubung keadaan kesihatan terkini Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Dia menerusi akaun Twitter @Zaki_Yawani dilihat mendoakan kematian Abdul Hadi yang ketika ini sedang dirawat di hospital ekoran dari keadaan kesihatannya yang merosot.
Bahkan dia turut mendoakan perkara sama buat bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Doa: Ya Allah! Ambil lah nyawa Abdul Hadi Awang. Hentikan kerosakan yang dilakukan nya di muka bumi. Hentikan fitnah yang dibawanya terhadap agama-Mu.
— Demi Rakyat! (@Zaki_Yamani_) July 1, 2023
P/S: Ambil sekali Mahathir https://t.co/fRgL9ZpCgN
Ciapan tersebut kemudiannya tular sehingga mendapat kecaman banyak pihak yang merasakan dia bertindak keterlaluan.
Namun dia dilihat terus mempertahankan ciapan biadapnya apabila meminta orang ramaai memberikan dalil yang melarang mana-mana individu daripada mendoakan kematian orang lain.
Malaysia Now dakwa Ahmad Zaki Pembantu Setpol PM
Portal Malaysia Now kemudiannya mengenalpasti Ahmad Zaki sebagai ‘orang kuat’ Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bahkan laman tersebut mendakwa Ahmad Zaki merupakan pembantu kepada Setiausaha Politik (Setpol) Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.
Nafi begelar Pegawai Khas kepada Setiausaha Politik PM
Sedar namanya mula mendapat liputan media, Zaki kemudiannya membuat satu ciapan pada Sabtu malam (1 Julai) yang menafikan dia merupakan pembantu kepada mana-mana Setpol Perdana Menteri.
Dia di dalam ciapan tersebut turut mengelar portal tersebut sebagai ‘kaki fitnah’.
Malaysianow dan fitnah berpisah tiada.
— Demi Rakyat! (@Zaki_Yamani_) July 1, 2023
Saya bukan aide kepada mana-mana Setiausaha Politik PM.
https://t.co/RZdLaH5ezx
Semakan di satu hantaran FB buktikan sebaliknya
Carian TRP di Facebook bagaimanapun menemui satu hantaran bertarikh 19 April 2023 oleh seorang pengguna, Hari Kumar yang menamakan Ahmad Zaki sebagai “Pegawai Khas Kepada Setpol PMX”.
Hari Kumar yang memperkenalkan dirinya sebagai Setiausaha PKR Cabang Sabak Bernam pada ruangan profil turut dilihat menyebut (tag) akaun Ahmad Zaki di dalam hantaran tersebut.
Namun tiada sebarang penafian yang dilakukan Zaki berhubung jawatan yang disebutkan itu seperti apa yang dilakukannya di Twitter pada malam tadi (1 Julai).
PM arah Ahmad Zaki mohon maaf
Terdahulu isu ini turut menarik perhatian Anwar Ibrahim yang menyifatkan ciapannya sebagai biadap. Beliau juga telah mengarahkan Ahmad Zaki untuk membuat permohonan maaf dengan kadar segera.
Saya membantah dan kesal dengan ciapan biadab Zaki Yamani dan mengarahkan beliau untuk memohon maaf dengan kadar segera.
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) July 1, 2023
Ciapan tersebut kemudiannya dibalas oleh penyanyi, Zaki Yamani yang kebetul mempunyai nama yang sama namun lebih popular berbanding ‘orang kuat’ PKR itu.
Anak kepada penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah itu secara santai dilihat menafikan dia adalah individu yang dimaksudkan PMX.
Zaki yamani mana tu… bukan saya🥲
— ZAKI YAMANI (@ZakiYamani2006) July 1, 2023