
‘Tandas Free, Masuk Je’ – Tuan Rumah Sediakan Tandas Percuma Buat Perantau Tarik Perhatian Warganet
Tindakan tuan rumah yang sanggup memberikan perkhidmatan tandas percuma itu sememangnya menarik perhatian pengguna jalan raya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Perjalanan pulang ke kampung bagi menyambut perayaan sudah pastinya mengujakan setiap individu. Kebanyakan individu sanggup menghadapi tempoh perjalanan yang lama dan kesesakan jalan raya asalkan dapat menyambutnya dengan yang tersayang.
Baru-baru ini kecoh di media sosial, sempena sambutan Hari Raya Aidiladha, warga pantai timur khususnya yang pulang ke Kelantan dan Terengganu mengambil masa lebih dari 12 jam untuk tiba di kampung halaman.
Perjalanan ini sudah pastinya mengundang ketidakselesaan kepada individu kerana perlu merebut kemudahan seperti tandas dan surau.
Tuan Rumah Sediakan Tandas Percuma Buat Perantau
Peka dan prihatin dengan kesulitan yang dihadapi oleh perantau, seorang tuan rumah di Saujana, Setiu, Terengganu sanggup menjadikan rumahnya sebagai tempat persinggahan dan tandas bagi individu yang pulang ke kampung.
Menerusi perkongsian di Facebook Nik Norkatijah, dia yang sedang tersangkut dalam kesesakan jalan raya selama lima jam mendapati sebuah rumah menyediakan perkhidmatan tandas percuma buat individu yang turut tersangkut dalam kesesakan itu.
“Tandas percuma, masuk je,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Malah, menerusi hantaran berkenaan, dia turut mendoakan agar tuan rumah tersebut dikurniakan rezeki atas perbuatan mereka yang menyantuni warga kota yang pulang ke kampung.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dan tidak menyangka masih ada lagi insan yang sanggup menjadikan rumah mereka dan menyediakan kemudahan tandas buat pengguna jalan raya yang mengalami kesesakan.
Malah, ada di antara warganet yang turut mendoakan kesejahteraan pasangan tersebut kerana memberi kemudahan sedemikian kepada anak rantau.
Berikut antara komen warganet:
Mudah Mencari Pahala, Alhamdulillah Rezeki Mereka


Hebat Orang Ini, Susah Nak Cari, Kita Pun Tak Mampu Buat

Senangnya Mencari Pahala

Baca Artikel Berkaitan: