fbpx
Now Reading
PRN: Mahu Raih Dana Untuk MUDA, Syed Saddiq Umum Jual Otak-Otak Muar [Video]

PRN: Mahu Raih Dana Untuk MUDA, Syed Saddiq Umum Jual Otak-Otak Muar [Video]

Inisiatif yang dikenali sebagai ‘MUDA Hustle’ dijangka bermula pada Jumaat ini (7 Julai) melibatkan jualan sepenuhnya dalam talian di platform seperti Facebook, TikTok dan juga Twitter.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bahang Pilihan Raya Negeri (PRN) semakin terasa apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada hari ini (5 Julai) telah mengumumkan tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan tarikh mengundi jatuh pada 12 Ogos.

Enam negeri yang terlibat dengan PRN adalah Kelantan, Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan, Kedah dan Pulau Pinang.

Baca Artikel Berkaitan: PRN: SPR Umum 12 Ogos Hari Mengundi & 29 Julai Penamaan Calon [Video]

Sudah pastinya setiap parti yang bertanding akan melakukan pelbagai cara terutamanya ketika berkempen bagi menarik minat para pengundi. Namun, setiap aktiviti yang mendekati masyarakat memerlukan tenaga kerja dan juga dana.

Syed Saddiq Umum Jual Otak-Otak Muar, Raih Dana Untuk Parti Muda

Menerusi akaun Twitter rasmi @partimuda, Syed Saddiq yang merupakan presiden parti berkenaan telah membuat pengumuman akan menjual otak-otak Muar sebagai inisiatif meraih dana bagi menghadapi PRN.

Inisiatif yang turut dikenali sebagai ‘MUDA Hustle’ dijangka bermula pada Jumaat ini (7 Julai) akan melibatkan jualan sepenuhnya dalam talian di platform seperti Facebook, TikTok dan juga Twitter.

Barisan Kepimpinan MUDA Turut Terlibat Raih Dana

Menerusi video berkenaan, Syed Saddiq juga turut menegaskan bahawa pucuk pimpinan MUDA yang lain turut terlibat sama dalam menjayakan inisiatif ini. Namun, pendekatan yang digunakan adalah berbeza mengikut individu.

“Contohnya seperti Saudari Amira dan Cikgu Ayu akan menjual khidmat mereka, ada ahli MUDA di Sabah akan menjual sneakers dan ada juga yang menjual aset mereka,” kata beliau menerusi video berkenaan.

Bagi beliau, ia merupakan satu usaha kecil-kecilan yang melibatkan semua ahli MUDA sebagai usaha untuk meraih dana bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri.

Terdahulu, parti MUDA dilaporkan akan bertanding secara sendirian tanpa bergabung dengan mana-mana parti ketika PRN akan datang.

Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar sebelum ini juga pernah menyatakan akan berkempen secara dalam talian dan bersemuka bagi mengurangkan kebergantungan kepada dana penderma.

Baca Artikel Berkaitan: Raih Kutipan Dana RM22K Daripada Orang Ramai, Syed Saddiq Hulur Bantuan Bagi Kanak-Kanak Memerlukan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.