Honda WR-V 2023 Secara Rasmi Dilancarkan Di Malaysia, Harga Bermula RM89,900
Secara keseluruhan, WR-V ini mempunyai reka bentuk menarik dan mampu menepati citarasa rakyat Malaysia yang menginginkan kereta SUV bersaiz kecil.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Hari ini (13 Julai), Honda Malaysia secara rasmi telah melancarkan WR-V 2023 bagi pasaran tempatan.
Sama seperti pasaran Indonesia dan Thailand, WR-V yang merupakan model SUV kompak segmen-B hadir dengan enjin jenis L15ZF 1.5 liter DOHC i-VTEC yang menghasilkan 120hp dan tork 145Nm, dipadankan dengan kotak gear CVT automatik yang hanya memacu roda hadapan.
Ruang kabin Honda WR-V 2023
Bagi ruangan kabin, WR-V ini dilengkapi dengan skrin sentuh 7-inci yang didatangkan juga dengan Apple CarPlay dan Android Auto untuk disambungkan ke telefon pintar.
Selain itu, sisten penghawa dingin juga boleh dikawal secara digital selain mempunyai suis arahan suara dengan empat pembesar suara dan pengecas kuasa pada tempat duduk belakang.
Walaupun bersaiz seakan-akan Perodua Ativa, Honda WR-V ini lebih lebar lagi dengan ruang bonet belakang seluas 380 liter dan 1,470 liter jika tempat duduk belakang dilipat sepenuhnya.
Rekaan luaran Honda WR-V 2023
Bagi reka bentuk luaran pula, WR-V ini dilengkapi dengan lampu LED depan dan belakang bagi varian E ke atas, manakala untuk varian paling rendah S hanya didatangkan dengan lampu hadapan jenis Halogen.
Manakala untuk pilihan warna pula, WR-V didatangkan dengan 5 jenis warna iaitu:
- Ignite Red Metallic (varian RS)
- Platinum White Pearl
- Stellar Diamond Pearl
- Meteoroid Grey Metallic
- Crystal Black Pearl.
Secara keseluruhan, WR-V ini mempunyai reka bentuk menarik dan mampu menepati citarasa rakyat Malaysia yang menginginkan kereta SUV bersaiz kecil.
Kesemua varian WR-V 2023 dilengkapi dengan Honda Sensing Teknologi
Honda sememangnya peka terhadap keselamatan pelanggannya, jadi untuk kesemua varian ini juga didatangkan dengan Honda Sensing Teknologi.
Berikut adalah ciri-ciri kesalamatan yang diberikan:
- Lane Keeping Assist System (LKAS)
- Collision Mitigation Braking Syste, (CMBS)
- Road Departure Mitigation System (RDM)
- Lane Departure Warning (LDW)
- Auto High-Beam (AHB)
- Adaptive Cruise Control (ACC)
- Lead Car Departure Notification System (LCDN)
- LaneWatch (hanya untuk model RS)
Empat varian, harga bermula RM89,900
- Untuk varian dah harga yang ditawarkan pula, Honda Malaysia menawarkan WR-V 2023 ini dengan empat pilihan varian iaitu
- S (RM89,900)
- E (RM95,900)
- V (RM99,900)
- RS (RM107,900).
Bagi yang suka akan Honda WR-V 2023 ini, anda boleh singgah ke mana-mana pusat pengedar Honda yang berdekatan untuk pandu uji serta membuat tempahan.