Peniaga Kecewa, Pelanggan Anggap Nasi Ayam RM3 ‘Mahal’ [Video]
Keadaan ekonomi semasa menyebabkan peniaga berkenaan terpaksa mengambil langkah untuk menaikkan harga nasi ayam daripada RM1.90 menjadi RM3.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Pada masa kini, kebanyakan harga makanan yang dijual baik di restoran atau kedai tepi jalan semakin meningkat.
Malah, rata-rata peniaga terpaksa menaikkan harga makanan yang dijual bagi menampung kenaikan kos bahan mentah dan operasi yang ditanggung.
Namun, tidak semua peniaga mengambil kesempatan dengan mengenakan harga yang tidak masuk akal kepada pengguna.
Masih ada lagi peniaga yang tidak hanya memikirkan keuntungan semata-mata dengan meletakkan harga yang rendah asalkan melepasi kos yang ditanggung olehnya.
Walau bagaimanapun, masih ada pengguna yang menganggap kenaikan harga yang dikenakan oleh peniaga seolah-olah untuk meraih keuntungan.
Sudah 20 Tahun Jual Nasi Ayam Dengan Harga RM1.90 Sebelum Naikkan Harga RM3
Seorang peniaga nasi ayam di Kuala Besut, Terengganu mendakwa dikecam oleh sesetengah pelanggan hanya kerana menaikkan harga nasi ayam yang dijual menjadi RM3.
Menerusi perkongsian di akaun TikTok @Suhaidasuu, keadaan ekonomi semasa menyebabkan dia terpaksa mengambil keputusan untuk menaikkan harga nasi ayam daripada RM1.90 menjadi RM3.
Malah, menerusi video tersebut, itu merupakan pertama kali harga dinaikkan sejak dia dan keluarganya meniaga nasi ayam pada 20 tahun yang lepas.
Bahkan, kenaikan harga sebanyak RM1.10 juga tidak begitu ketara.
“Hampir 20 tahun kami berniaga nasi ayam RM1.90, namun dengan keadaan ekonomi sekarang, kami terpaksa naikkan dengan harga RM3,” tulis peniaga tersebut menerusi video itu.
Peniaga Kecewa Pelanggan Anggap Nasi Ayam RM3 ‘Mahal’
Keputusan yang terpaksa diambil itu nyata menyebabkan beberapa pelanggan setianya mengecam dan menganggap harga RM3 adalah mahal.
“Masih ada yang kecam dengan harga RM3 tu, kadang rasa ‘down’ untuk meniaga,” tulisnya lagi.
Ekoran daripada kecaman ini, peniaga nasi ayam itu berasa kecewa kerana baginya harga itu masih berpatutan.
Malah, sebagai peniaga, dia memastikan kualiti dan kuantiti nasi ayam yang dijual adalah standing dengan harga yang dibayar oleh pelanggan.
“Korang rasa masih mahal lagi ke dengan harga RM3 itu? Walaupun harga nasi ayam kami RM3, tapi kami amat jaga dan pentingkan ‘kualiti dan kuantiti’,” tulisnya menerusi video tersebut.
Namun, tidak patah semangat dengan kecaman itu, dia menzahirkan rasa syukur kerana masih ada lagi pelanggan memberi sokongan kepada perniagaan nasi ayamnya itu.
Mengintai ke ruangan komen, rata-rata netizen menganggap harga RM3 itu amat berpatutan dan sangat murah jika dibandingkan dengan harga nasi ayam di tempat lain.
Malah, ada di antaranya yang turut mendoakan agar peniaga berkenaan dimurahkan rezeki kerana masih menjual nasi ayam dengan harga yang murah.
Tak Jumpa Dah Nasi Ayam RM3, Paling Murah RM6
Sangat Murah, Tak Tahu Dia Running Modal Macam Mana, Semoga Murah Rezeki
Takpe Sis, Naikkan Je, RM3 Tu Dah Kira Murah Sangat
Dekat Tempat Saya Nasi Lemak Biasa Pun RM3
Baca Artikel Berkaitan: Jual Nasi Ayam RM 1.90, Peniaga Ini Tak Kisah Untung Hanya 10 Sen
Baca Artikel Berkaitan: “Letih Nak Hadap”- Peniaga Kecewa, Nasi Lemak RM5 Penuh Dengan Daging Dikatakan Mahal [Video]