
‘Selamat Tinggal Burung Biru’ – Elon Musk Umum Perubahan Logo Twitter
Pemilik Twitter itu turut memuat naik sekeping gambar yang tertera perkataan ‘X’ serta berkongsi rakaman audio jawapan mengenai persoalan berhubung pertukaran logo tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Bila bercakap mengenai Twitter, pastinya akan terbayang logo ‘burung biru’ yang sudah sinonim dengan aplikasi itu.
Namun, Ketua Pegawai Eksekutif Twitter, Elon Musk menerusi satu ciapan mengumumkan bakal membuat perubahan kepada logo ‘burung biru’ tersebut.
Pengumuman ini nyata mengejutkan ramai pihak terutamanya pengguna dan ia merupakan antara perubahan besar yang diambil oleh Musk sejak mengambil alih pemilikan platform sosial media ini pada tahun lalu dengan harga AS$44 bilion.
Umum Menerusi Ciapan Di Twitter
Beliau yang merupakan salah seorang manusia terkaya di dunia mengumumkan perubahan itu bakal terjadi dalam tempoh terdekat atau paling cepat pada hari ini (Isnin).
“Tidak lama lagi kita akan berpisah dengan jenama Twitter dan kesemua burung,” ciapnya.
And soon we shall bid adieu to the twitter brand and, gradually, all the birds
— Elon Musk (@elonmusk) July 23, 2023
Malah, beliau juga turut memuat naik sekeping gambar yang tertera perkataan ‘X’ serta berkongsi rakaman audio jawapan mengenai persoalan berhubung pertukaran logo tersebut.
— Elon Musk (@elonmusk) July 23, 2023
“Perubahan ini sudah seharusnya dilakukan lebih lama lagi,” kata beliau.
Malah, beliau turut dilihat sekali lagi membuat hantaran symbol ‘X’ pada pagi tadi (24 Julai).
𝕏
— Elon Musk (@elonmusk) July 24, 2023
Jadikan X Sebagai ‘Super App’
Sejak mengambil alih Twitter, Musk dilihat telah melakukan beberapa perubahan besar yang nyata mengejutkan ramai pihak.
Bahkan, sejak peralihan pengurusan Twitter pada Oktober 2022, pelbagai perubahan besar yang telah dilakukan antaranya seperti perubahan nama perniagaan menjadi X Corp yang melambangkan visi beliau untuk mencipta ‘super app’ seperti WeChat di China.
Beliau juga menganggap pembelian Twitter sebagai dorongan kepadanya untuk mencipta aplikasi semua dalam satu yang dikenali sebagai aplikasi X.
Walaubagaimanapun, sejak ahli perniagaan ini membeli platform media sosial itu, Twitter dikatakan sering mengalami masalah teknikal selain isu pemecatan beberapa kakitangan.
Malah, kebanyakan pengguna dan pengiklan media sosial ini turut kecewa dengan tindakan beliau yang mengenakan bayaran, melakukan perubahan kawalan kandungan serta mengembalikan semula akaun-akaun sebelum itu yang diharamkan.
Platform ini juga turut mengalami kerugian apabila kehilangan separuh daripada pendapatan iklannya sejak peralihan pengurusan pada tahun lepas.
Baca Artikel Berkaitan: Baru Sahaja Jadi Pemilik Sah, Elon Musk Sudah Pecat Beberapa Bos Besar Twitter
Baca Artikel Berkaitan: Pecat Semua Lembaga Pengarah Twitter, Elon Musk Kini Pengarah Tunggal