Bapa & Anak Enjoy Tengok Video Konsert Muse Di Rumah Undang Perhatian [Video]
Menurut bapa kanak-kanak itu, anaknya berharap dia masih dapat melihat konsert kumpulan Muse apabila berusia 17 tahun nanti.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Umum mengetahui pada 29 Julai lalu telah berlangsung konsert dari kumpulan rock terkenal British iaitu Muse di Konsert Will Of The People World Tour di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Konsert yang gilang-gemilang itu turut dihadiri lebih daripada 53,000 peminat yang terdiri daripada pelbagai golongan umur dan sebahagiannya sanggup beratur awal untuk menonton kumpulan kegemaran mereka beraksi.
Malah nyanyian bertenaga dari kumpulan berkenaan membuatkan para peminat teruja sehingga ke penghujung persembahan.
Walau bagaimanapun, dalam kemeriahan konsert itu, terdapat segelintir peminat yang tidak dapat menghadiri konsert berkenaan atas beberapa faktor peribadi dan mengambil insiatif untuk melihat menerusi rakaman yang diambil oleh penonton lain.
Bapa layan rakaman semula konsert Muse di YouTube bersama anak
Samalah seperti seorang bapa ini apabila membuka semula rakaman konsert Muse di YouTube untuk ditonton bersama anak lelakinya yang dipercayai berusia sekitar enam hingga sepuluh tahun.
Menerusi video yang dikongsikan oleh The Shout kelihatan dia dan anaknya sedang menikmati persembahan yang dilakukan kumpulan penyanyi antarabangsa itu dengan penuh semangat.
Anak claim tak dapat pergi konsert
Perkara itu dilakukan oleh bapa berkenaan selepas si anak menyatakan dia tidak dapat menyaksikan persembahan itu secara lansung seperti ibu dan bapanya.
“Bila anak claim tak dapat pergi (konsert Muse) dia nak tengok live.
“Nasib baik ada brother (penonton lain) buat rakaman penuh. Papa dan Mommy tak rakam nak, kami dah kena rasuk dekat stadium tu,” ujar bapanya.
Malah si bapa turut menyaksikan persembahan itu dengan memakai baju t-shirt konsert kumpulan tersebut.
Harap akan ada konsert Muse bila usia 17 tahun
Jelas bapa itu, anak lelakinya turut berharap ketika dia sudah menjangkau usia 17 tahun kumpulan penyanyi rock itu masih melakukan persembahan.
“Korang jangan main-main, dia hafal semua lagu tu,” tulisnya di kapsyen.
Ramai teruja tengok gelagat dua beranak
Melihat di ruangan balas ramai yang teruja melihat gelagat dua beranak tersebut, malah turut berkongsi bahawa anak mereka juga begitu.
Ada juga yang mengatakan mereka turut dibebel oleh si anak kerana tidak berpeluang untuk mengikut ke konsert tersebut atas faktor umur yang masih kecil.