fbpx
Now Reading
Bela Nasib Vendor GVF 2023, Fahmi Fadzil Beri Tapak Percuma Di Kembara RIUH 2023

Bela Nasib Vendor GVF 2023, Fahmi Fadzil Beri Tapak Percuma Di Kembara RIUH 2023

Menerusi satu gambar yang dikongsikan di akaun Twitter Fahmi Fadzil, kelihatan gambar beliau dan seorang individu dipercayai pengusaha makanan Sausage Sizzle, Nazri Adam yang merupakan salah seorang vendor pada GVF 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu pembatalan konsert Good Vibes Festival (GVF) 2023 dan tindakan biadap kumpulan The 1975 ketika membuat persembahan semasa festival berkenaan pada 22 Julai yang lalu masih lagi hangat diperkatakan sehingga kini.

Pembatalan festival GVF 2023 secara serta-merta tidak hanya memberi kesan kepada artis dan pengunjung, malah vendor yang terdiri daripada peniaga makanan turut menerima tempiasnya.

Panggil Vendor GVF 2023, Beri Tapak Percuma Dalam Kembara RIUH

Bagi membela nasib vendor yang mengalami kerugian akibat daripada pembatalan festival berkenaan, penganjur festival itu dipanggil untuk membuka gerai secara percuma di Kembara RIUH 2023 yang berlangsung di Fraser Valley, Kuala Kubu Baharu, Selangor sejak kelmarin (28 Julai).

Menerusi satu gambar yang dikongsikan di akaun Twitter beliau, kelihatan gambar beliau dan seorang individu dipercayai pengusaha makanan Sausage Sizzle, Nazri Adam yang merupakan salah seorang vendor pada GVF 2023.

Gambar itu nyata menarik perhatian netizen sehingga menyebabkan warganet mendapatkan pengesahan adakah vendor tersebut merupakan vendor yang terkesan dengan pembatalan GVF 2023.

“Ya, betul. Saya minta panggil vendor GVF untuk buka gerai di Kembara Riuh secara percuma.

“Ada sebahagian buka di Kuala Kubu Bharu. Ada sebahagian lain akan buka di RIUH Pulau Pinang hujung minggu depan.

“Program ini dianjurkan oleh salah sebuah agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), MyCreative Ventures bertujuan untuk merancakkan lagi industri kreatif, seni, dan budaya di Malaysia terutamanya pasca pandemik Covid-19,” ciapnya.

Ciapan itu nyata mengundang respon yang positif daripada warganet. Kebanyakannya memuji tindakan beliau yang mengambil inisiatif dalam membela nasib peniaga yang terkesan dan mengalami kerugian akibat daripada pembatalan GVF 2023 pada 22 Julai yang lalu.

Terbaik YB. Ini Caranya

At Least Kerajaan Tidak Lepas Tangan Terus

Padu YB! Moga Vendor Dapat Cover Kerugian Waktu GVF Hari tu

Untuk info, Kembara RIUH 2023 merupakan inisiatif yang diterajui oleh Kementerian Komunikasi dan Digital melalui MyCreative Venture yang bertujuan untuk memperkasa penggiat dan usahawan industri kreatif tempatan seluruh negara.

Ia juga bertujuan untuk membantu mencapai pembangunan inklusif dan peningkatan ekonomi kreatif serta memainkan peranan dalam mengurangkan jurang pendapatan.

Destinasi seterusnya bagi Kembara RIUH 2023 Edisi Pulau Pinang akan diadakan di Juru City, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 4 hingga 5 Ogos ini.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Ia Situasi Kalah-Kalah’ – Fahmi Fadzil Ulas Isu Pembatalan Good Vibes Festival 2023

Baca Artikel Berkaitan: Fahmi Fadzil Arah Good Vibes Festival 2023 Dibatalkan Serta Merta

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.