fbpx
Now Reading
‘Ia Situasi Kalah-Kalah’ – Fahmi Fadzil Ulas Isu Pembatalan Good Vibes Festival 2023

‘Ia Situasi Kalah-Kalah’ – Fahmi Fadzil Ulas Isu Pembatalan Good Vibes Festival 2023

Menteri Komunikasi dan Digital, menganggap keputusan pembatalan GVF 2023 merupakan situasi ‘kalah-kalah’ dan sedar dengan respon yang bakal diterima akibat daripada pembatalan itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pembatalan Good Vibes Festival 2023 (GVF2023) yang diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil pada Sabtu lalu (22 Julai) nyata mengejutkan semua pihak.

Keputusan dibuat ekoran daripada aksi dan kenyataan biadab oleh vokalis kumpulan The 1975, Matty Healy yang memperlekehkan undang-undang LGBT Malaysia serta mencium pemain bass kumpulan berkenaan, Ross MacDonald ketika membuat persembahan.

Baca Artikel Berkaitan: Fahmi Fadzil Arah Good Vibes Festival 2023 Dibatalkan Serta Merta

Sukar Untuk Puaskan Semua Pihak

Menurut Fahmi, keputusan pembatalan festival muzik itu sukar untuk memuaskan kesemua pihak. Bagi beliau, ia merupakan situasi ‘kalah-kalah’ dan sedar dengan respon yang bakal diterima akibat daripada pembatalan itu.

“Bila saya memilih untuk membatalkan festival itu, saya akan dikritik. Sekiranya saya tidak membatalkannya, saya juga akan dikritik.

“Sukar untuk saya puaskan kesemua pihak,” kata beliau dipetik dari The Star ketika menghadiri majlis di Universiti Teknologi Mara (UiTM) semalam.

Percaya Rakyat Memahami Tindakan Yang Diambil

Fahmi percaya semua pihak memahami keputusan yang diambil oleh beliau berhubung pembatalan festival muzik tersebut.

“Selagi saya dan ahli Kerajaan Perpaduan terus bekerja secara telus dan menyampaikan mesej sebenar di sebalik tindakan yang diambil, saya percaya rakyat akan faham.

“Saya tahu rakyat Selangor dan negara secara keseluruhannya matang dalam memahami apa yang berlaku dan faham sebab di sebalik tindakan yang diambil,” tambah beliau.

Artis Tempatan Masih Belum Dibayar

Menurut Fahmi, artis tempatan yang terlibat dengan festival itu masih belum dibayar oleh pihak penganjur walaupun artis luar yang dijemput telah dibuat pembayaran.

Malah, kerajaan melalui MyCreative Venture telah dipertanggungjawabkan membantu artis tempatan dan vendor yang terkesan dengan pembatalan festival berkenaan.

“Saya akan serahkan kepada mereka untuk mengumumkan jenis sokongan yang boleh ditawarkan kepada vendor dan artis tempatan,” ujar beliau.

Selain artis, vendor yang antaranya terdiri daripada pengusaha makanan dan minuman juga turut terjejas akibat daripada pembatalan festival tersebut.

Antaranya seorang pengusaha makanan Sausage Sizzle, Nazri Adam yang hanya berjaya menjual 800 makanan berbanding 4,500 makanan yang telah disediakan untuk dijual di festival muzik berkenaan.

Selain itu, ada juga peniaga yang mengalami kerugian dalam bentuk wang ringgit akibat daripada perbelanjaan dari segi pengangkutan serta sewa peralatan bagi kegunaan festival tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Bercium Atas Pentas & Hina Undang-Undang LGBT Malaysia, Konsert The 1975 Di GVF2023 Dihentikan

Baca Artikel Berkaitan: Hina Undang² Malaysia & Cium Bassist The 1975 Semasa Perform, Ini Kontroversi Lain Babitkan Matty Healy

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.