fbpx
Now Reading
Gabenor Bali Larang Generasi Muda Di Sana Tonton Animasi Upin & Ipin

Gabenor Bali Larang Generasi Muda Di Sana Tonton Animasi Upin & Ipin

Menurut Gabenor Bali Wayan Koster, lebih baik negara itu menghasilkan karya yang mengangkat budaya tempatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, filem animasi tempatan semakin berkembang maju sehingga ke peringkat antarabangsa sekaligus menjadi kebanggaan Malaysia.

Animasi seperti Upin & Ipin, BoBoiBoy, Mechamato, Ejen Ali dan banyak lagi tidak hanya mendapat tempat di hati penonton tempatan, malah sehingga ke luar negara seperti Indonesia dan Jepun.

Bagaimanapun, ada segelintir individu yang tidak menggemari jika animasi Malaysia ditonton oleh generasi muda di negaranya.

Gabenor Bali larang generasi muda tonton Upin & Ipin

Seperti baru-baru ini, Gabenor Bali yang dikenali sebagai Wayan Koster dalam satu kenyataan kelmarin (14 Ogos) meminta generasi muda di Bali agar tidak menonton animasi Malaysia iaitu Upin & Ipin.

Menurut CNN Indonesia, Koster mengatakan wilayah Pulau Bali berbeza dengan daerah lain di Indonesia kerana mempunyai kekayaan alam semula jadi seperti emas, batu bara dan gas.

“Kita bersyukur Bali dianugerahkan kekayaan dan kemuliaan adat tradisi seni budaya dan kearifan lokal yang telah terbukti mampu menjadikan Bali ini dengan masyarakat mampu ‘survive’, sejahtera dan bahagia,” katanya.

Menurutnya lagi, budaya daripada luar seperti teknologi dan cara kehidupan moden boleh berkembang di Pulau Bali, tetapi jangan meninggalkan budaya asal mereka.

Jangan tonton Upin & Ipin, lebih baik hasilkan karya yang angkat budaya sendiri

Namun, ahli politik Indonesia itu kemudiannya melarang anak muda di wilayah Pulau Bali untuk menonton animasi Upin & Ipin sebaliknya adalah lebih baik untuk menghasilkan karya yang mengangkat budaya tempatan.

“Apa namanya itu dari Malaysia, Upin Ipin. Jangan lagi tonton itu, tak jelas apa itu, lebih baik kita bangun produksi yang berakar pada tradisi dan budaya kita, tanah Bali betul-betul memiliki kekayaan untuk itu,” katanya lagi.

Foto: Facebook/Upin & Ipin

Koster minta generasi muda di Bali tonton animasi ‘Jayaprana Layonsari’

Selain itu, Koster juga meminta generasi muda untuk menonton filem animasi ‘Jayaprana Layonsari’ yang boleh dijadikan inspirasi.

“Saya minta adik-adik semua agar menonton filem ini, supaya boleh menjadi inspirasi bagaimana menjalani kehidupan yang baik serta yang penting buat kita adalah menjadi sebahagian dalam membangunkan dan memajukan kebudayaan Bali,” ujarnya.

Sebagai info, Upin & Ipin merupakan salah satu animasi paling popular di kalangan kanak-kanak di Indonesia. Bahkan ada yang sampai membina patung-patung dengan wajah karakter itu di republik terbabit.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Tular Dakwaan Konon Upin & Ipin Adalah Cerita Sebenar & Kuburnya Di Indonesia, Ini Respon Founder Les’ Copaque

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.