fbpx
Now Reading
Lelaki Kekal Tenang Kereta Lamborghini Miliknya Dilanggar, Siap Tanggung Sendiri Kos Kerosakan [Video]

Lelaki Kekal Tenang Kereta Lamborghini Miliknya Dilanggar, Siap Tanggung Sendiri Kos Kerosakan [Video]

Kemalangan itu menyebabkan kereta Lamborghini Urus miliknya yang bernilai lebih RM1 juta mengalami sedikit kerosakan dan calar.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tiada siapa yang mahu terlibat dengan kemalangan jalan raya. Namun, siapalah kita untuk menolak takdir kerana ia boleh berlaku akibat daripada kecuaian pemandu lain atau perkara yang tidak diduga.

Pada ketika ini, kesabaran dan sikap tolak ansur seseorang itu dapat dilihat apabila dia terlibat dengan kemalangan jalan raya.

Ada segelintir daripada individu yang bersikap kurang sabar sehingga menyebabkan pergaduhan. Namun, jarang sekali kita dengar individu yang kekal tenang dan sanggup bertolak ansur walaupun kemalangan yang dialami berpunca daripada orang lain.

Kereta Tiba-Tiba Masuk Laluan, Langgar Lamborghini Urus

Lain pula dengan seorang pemilik kereta mewah jenis Lamborghini Urus ini. Menerusi video yang dikongsikan di Facebook Abdul Rahim, kelihatan dia dan keluarganya terlibat dengan kemalangan ketika dalam perjalanan pulang daripada Kuala Lumpur.

Detik kejadian bermula apabila sebuah kereta jenis Kia secara tiba-tiba menukar lorong di sebuah tol yang merupakan laluannya.

Akibat tindakan kereta Kia tersebut, Abdul Rahim dikatakan sempat menekan brek namun tidak dapat mengelak kereta itu sehingga berlaku kemalangan.

Kemalangan itu menyebabkan keretanya yang bernilai lebih RM1 juta mengalami sedikit kerosakan dan calar.

“Si kuning kena lagi, nyaris hentam divider. Balik dari KL ada urusan kerja, sedang tenang pandu ikut lorong RFID, tiba-tiba uncle ni u-turn potong lorong kanan, nasib sempat brake.

“Berbirat si Lambo dari depan sampai belakang. Alhamdulillah semua selamat,” tulisnya menerusi kapsyen di Facebook.

Si kuning kena lagi 😢. Nyaris hentam divider, Balik dari KL untuk urusan kerja. Sedang tenang drive lane RFID, Tiba-tiba uncle ni u turn potong lane kanan. Nasib baik sempat brake. Berbirat si Lambo dari depan sampai belakang. Alhamdulillah. Semua selamat 🤲.

Posted by Abdul Rahim on Tuesday, 8 August 2023

Kekal Sabar & Tenang Walaupun Kereta Dilanggar

Sejurus kejadian berlaku, kelihatan Abdul Rahim keluar daripada kereta dan melihat keadaan keretanya itu.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah sikapnya yang kekal tenang dan tidak langsung memarahi pemandu kereta Kia berkenaan.

Malah, dia juga sanggup membaiki sendiri keretanya tanpa membuat tuntutan kepada lelaki tersebut walaupun lelaki berkenaan dikatakan mahu menanggung kerosakan kereta mewah miliknya.

Foto: FB Abdul Rahim

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakannya yang kekal tenang walaupun kereta mewahnya yang berharga lebih RM1 juta itu mengalami kerosakan.

Malah, ada juga yang turut memuji sikap pemandu kereta Kia yang dilihat bertanggungjawab dan sanggup untuk menanggung segala kos meskipun ramai tahu harga membaik pulih kenderaan berkenaan pasti mahal.

Contoh & Teladan Yang Baik Ditunjukkan Oleh Kedua-Duanya, Tak Perlu Gaduh & Bertekak Bagai

Respect Dua-Dua, Settle Cara Baik

Perghh Respect Brother Ni, Bukan Keluar Terus Maki Hamun, Siap Senyum & Bersalam

Baca Artikel Berkaitan: “Kawan Yang Bawa Bukan Saya” – Pekin Reda Yaris GR Kansai Baru Tiba Seminggu Dari Jepun Terlibat Kemalangan ‘Total Lost’ [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Tunjuk Isyarat Lucah Selepas Hampir Terlibat Kemalangan Gara-Gara Sebuah Kenderaan [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.