fbpx
Now Reading
Wanita Sanggup Pandu Kereta Dengan Perlahan Demi Bantu Warga Emas Lalu Jalan Gelap [Video]

Wanita Sanggup Pandu Kereta Dengan Perlahan Demi Bantu Warga Emas Lalu Jalan Gelap [Video]

Dia mengambil keputusan untuk memandu keretanya di belakang motosikal itu dengan kelajuan 60km/j semata-mata untuk menerangi jalan yang gelap sebaik mengetahui penunggang itu seorang warga emas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap manusia pasti mempunyai cabaran hidup tersendiri. Ada yang diuji dengan kehidupan yang susah, namun dikurniakan rezeki dari sudut yang lain.

Kesusahan ini boleh diringankan menerusi amalan tolong menolong sesama insan. Sifat tolong menolong dan bantu membantu adalah satu perkara yang amat digalakkan sesama manusia.

Malah, sifat ini boleh mewujudkan keharmonian dalam kehidupan bermasyarakat. Dengan memudahkan kehidupan orang lain, bukan sahaja akan menggembirakan orang yang dibantu, malah kita juga akan berasa bahagia.

Motosikal Warga Emas Tiada Lampu Hadapan, Wanita Pandu 60 KM/J Bantu Suluh Jalan

Atas dasar kemanusiaan, seorang wanita sanggup memandu kereta dengan kelajuan 60 kilometer sejam (km/j) semata-mata mahu membantu warga emas ketika melalui jalan gelap.

Menerusi perkongsian video di TikTok @n.rainaaa, wanita itu mendakwa terjumpa motosikal yang ditunggang oleh seorang warga emas ketika melalui Jalan Enstek Sepang – Port Dickson.

Menurut Rainaaa, motosikal itu ditunggang dengan kelajuan yang amat perlahan ekoran dari jalan yang gelap kerana tiada lampu hadapan.

Melihat penunggang merupakan seorang warga emas, dia mengambil keputusan untuk memandu keretanya dengan kelajuan 60km/j semata-mata mahu memberi isyarat dan lampu sebagai panduan kepada warga emas itu.

“Ikutkan boleh je potong pak cik ni tapi disebabkan lampu motor hadapan dia tiada, saya stay je dekat belakang dia supaya nampak jalan depan, tekan minyak 40 hingga 60 sahaja ni kalau tak 100 km/j,” tulisnya di ruang kapsyen.

Keadaan jalan yang gelap juga menyebabkan Rainaaa tidak sampai hati untuk membiarkan warga emas tersebut keseorangan.

Bagi Rainaaa, suasana persekitaran yang amat gelap boleh membahayakan diri penunggang motosikal tersebut.

“Jalan Enstek Sepang – Port Dickson, jalan ni bahaya, lagi-lagi tengah malam, sorang-sorang naik motor berbekalkan lampu belakang sahaja.

“Kita mudahkan urusan orang, insyaAllah urusan kita akan dipermudahkan,” tulisnya lagi menerusi ruang kapsyen.

@n.rainaaa

ikutkan boleh ja potong uncle nih tapi disebabkan lampu motor hadapan dia tak ada , i stay dekat belakang dia , supaya nampak jalan depan . tekan minyak 40-60 ja nih kalau tak 1++ 🙄jk . jalan enstek sepang-pd , jalan nih bahaya yang tahu tuh tahu lah lelagi tengah malam, sorang” naik motor berbekalkan lampu belakang sahaja . kita mudahkan urusan orang, insha allah urusan kita akan dipermudahkan .

♬ Syi’ir Tawasul Al-Rifa’ie – Al-Rifa’ie Satu

Perkongsiannya itu nyata menarik perhatian netizen. Rata-rata warganet memuji dan mengucapkan terima kasih kepada Rainaaa atas tindakannya yang sanggup menghulurkan bantuan sedemikian kepada warga emas berkenaan.

Malah, ada juga segelintir yang turut berkongsi pengalaman yang sama membantu orang lain ketika melalui jalan yang gelap.

Allah Gerakkan Hati Cik Dalam Cara Yang Jarang Orang Lain Ambil Cakna

Terima Kasih Orang Baik, Semoga Satu Kebaikan Dibalas Dengan Beribu Kebaikan

Allah Bukan Sahaja Uji Pak Cik Ni Tapi Uji Pemilik Kereta Ni

Itu La Orang Cakap Tak Perlu Tunggu Kaya Untuk Berbuat Baik, Terima Kasih Orang Baik & Prihatin

Saya Pun Pernah Suluhkan Pakcik Macam Ni Walaupun Saya Naik Motor

Baca Artikel Berkaitan: Dilihat Tak Berdaya Jalan Seorang Diri, Wanita Bantu Hantar Warga Emas Pergi Bank [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “World Class Mentality” – Tindakan Driver Rapid KL Bantu Warga Emas Turun Dari Bas Raih Pujian Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.