fbpx
Now Reading
8 Individu Terkandas Dalam Kereta Kabel Di Pakistan Lebih 15 Jam

8 Individu Terkandas Dalam Kereta Kabel Di Pakistan Lebih 15 Jam

Tentera Pakistan turut mengakui bahawa operasi menyelamatkan kanak-kanak dan lelaki yang terkandas di dalam kereta kabel itu bukan sesuatu yang mudah namun akhirnya berjaya dilakukan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tujuh kanak-kanak dan seorang lelaki di Pakistan berdepan dengan detik cemas lebih 15 jam, apabila kereta kabel yang dinaiki oleh mereka tersangkut di tempat tinggi sebelum berjaya diselamatkan.

Memetik India Today, penyelamat Pakistan telah berjaya menyelamatkan kesemua individu yang berada dalam kereta kabel itu dengan membawa ke tempat yang selamat selepas ia tergantung di kawasan yang sangat tinggi di atas gaung pada 22 Ogos lalu.

“Ia adalah satu operasi yang luar biasa kerana ia memerlukan pelbagai kemahiran,” ujar tentera negara itu dalam satu kenyataan.

Terkandas dari pagi, malam baru semua mangsa terkandas dapat selamatkan

Difahamkan kereta kabel itu telah terkandas di kawasan tersebut sejak awal pagi namun ia berjaya diselesaikan pada waktu malam.

“Semua kanak-kanak telah berjaya diselamatkan.

“Kerja berpasukan yang hebat oleh tentera, jabatan penyelamat, pentadbiran daerah dan penduduk tempatan,” kata Perdana Menteri sementara Pakistan, Anwaar-ul-Haq dalam ciapan di Twitter.

Operasi menyelamat menggunakan helikopter tentera kemudiannya dihentikan pada waktu malam selepas dua orang kanak-kanak di dalam kereta kabel itu berjaya dibawa keluar ke tempat yang lebih selamat.

Kanak-kanak dipindahkan ke platform kecil dan diangkat menggunakan tali pinggang keselamatan

Menurut sumber keselamatan pakar lintasan kabel telah berusaha untuk menyelamatkan setiap kanak-kanak tersebut dengan memindahkan mereka ke platform kecil di sepanjang kabel.

Rakaman di televisyen turut memaparkan seorang kanak-kanak yang diangkat dari kereta kabel itu dengan menggunakan tali pinggang keselamatan (harness) sebelum diturunkan ke tanah.

Operasi menyelamat semua individu itu bukanlah suatu yang mudah malah turut kelihatan rakyat negara terbabit berkerumun menyaksikan perkara terbabit.

“Satu operasi yang amat sukar dan rumit telah berjaya diselesaikan sepenuhnya oleh tentera Pakistan.

“Semua yang terkandas kini telah dipindahkan ke sebuah tempat yang selamat. Pentadbiran awam dan penduduk tempat juga turut tampil untuk menyertai operasi menyelamat ini,” kata pihak tentera.

Ramai yang datang membantu operasi menyelamatkan individu terkandas dalam kereta kabel

Dalam satu video yang dikongsikan oleh agensi penyelamat, ramai penyelamat serta penduduk yang berbaris berdekatan gaung yang gelap dilihat menarik kabel yang terikat pada tali pinggang keselamatan seorang kanak-kanak lelaki sehingga dia selamat sampai di bahagian lereng bukit.

Dia kemudian menjeret “Allah maha besar.”

“Ia adalah operasi yang perlahan serta berisiko. Seseorang perlu mengikat dirinya dengan tali dan menaiki lif kecil untuk menyelamatkan mangsa satu per satu,” kata penduduk tempatan yang dikenali sebagai Abdul Nasir Khan.

Salah satu talian kereta kabel putus ketika pelajar dalam perjalanan ke sekolah

Menurut seorang pegawai insiden berlaku apabila salah satu kabel telah terputus pada jam 7 pagi waktu tempatan semasa kumpulan pelajar berkenaan dalam perjalanan ke sekolah di kawasan pergunungan di Battagram yang terletak sejauh 200km di utara Islamabad.

Kereta kabel itu kemudian tersangkut separuh jalan ketika merentasi gaung yang berada pada kedudukan sekitar 275 meter (900 kaki) dari atas tanah ujar Shariq Riaz Khattak kepada Reuters.

Operasi menyelamat menggunakan helikopter bukanlah suatu yang mudah kerana angin kencang di lokasi itu selain bilah kipas helikopter itu juga boleh menjejaskan kestabilan pada lif.

“Keadaan kami tidak menentu,” ujar Gulfaraz, 20, yang turut memberitahu kesemua kanak-kanak yang berada dalam kereta kabel itu berusia sekitar 10 hingga 15 tahun dan terdapat salah seorang darinya pengsan kerana kepanasan dan juga ketakutan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.