‘Grammar Dia Power’- Surat Cinta Budak Darjah Empat Tarik Perhatian Netizen [Video]
Surat cinta itu dalam Bahasa Inggeris itu dikongsikan oleh pengguna TikTok @the.senahhotzzzz selepas anaknya menerima surat berkenaan di sekolah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Apabila bercakap mengenai cinta, lazimnya kita akan mengaitkan perasaan ini dengan individu dewasa yang bakal menamatkan hubungan tersebut ke jinjang pelamin.
Walau bagaimanapun, seiring dengan peredaran zaman serta pengaruh daripada media sosial dan sekeliling, kanak-kanak terutamanya di peringkat sekolah rendah juga sudah pandai bermain cinta.
Anak Perempuan Terima Surat Cinta Dari Budak Darjah Empat
Itulah yang dikongsikan oleh seorang ibu di akaun TikTok @the.senahhotzzzz apabila anak perempuannya yang bernama Keisya menerima surat cinta dari seorang kanak-kanak lelaki yang berusia 10 tahun.
Menerusi video berkenaan, difahamkan wanita itu merakam isi kandungan surat untuk ditunjukkan kepada suaminya.
“Anak kita dapat surat cinta daddy, sat I nak baca,” kata wanita itu.
Tulis Surat Cinta Dalam Bahasa Inggeris
Namun, apa yang menarik perhatian adalah isi kandungan surat cinta berkenaan yang ditulis sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.
“Keisya, I really like you, did you know? I’m Fayad from 4E, I have feelings for you. I know that you already liked someone else but I still like you.
“This is kinda like a confess but if you reject me its okay,” tulis kanak-kanak lelaki berkenaan melalui surat tersebut.
Isi kandungan itu nyata menyebabkan wanita itu terhibur dengan surat cinta berkenaan. Malah, dia sempat bertanyakan kepada Keisya sama ada anak perempuannya menyukai kanak-kanak lelaki itu.
“Keisya kenal ke? Handsome ke?” tanya wanita itu.
Namun, respon yang diberikan oleh anak perempuannya juga turut menghiburkan.
“Kenal la, not really,” jawab anak perempuannya.
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warganet memuji grammar budak lelaki berkenaan. Malah, ada yang kagum dan mengakui bahawa kebolehan Bahasa Inggeris kanak-kanak lelaki terbabit jauh lebih hebat daripada segelintir orang dewasa.
Ada juga netizen yang berseloroh menyatakan zaman percintaan kanak-kanak masa kini lebih maju dan berbeza berbanding zaman dahulu.
Dulu Surat Cinta Melayu Ja Sekarang Orang Putih
Grammar Budak Tu Lagi Okay Daripada Aku
“Kinda Like A Confess”, Powernya Ayat Kau Dik
Zaman Dulu Bukak Surat Bau Bedak, Kalau Tak Da Sanggup Pergi Beli Pen Yang Wangi
Lain Macam Surat Cinta Zaman Sekarang
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Teruja Kanak-Kanak Belajar Bahasa Tamil Sendiri Guna Aplikasi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kumpulan Gadis Dikecam Gara-Gara Kutuk ‘Grammar’ Bekas Boyfriend Rakan [Video]