Wanita Niat Nak Berubat Untuk Dapatkan Zuriat, Tapi Dirogol Bomoh 20 Kali
Detik hitam bermula setelah suri rumah di Indonesia itu mengambil keputusan untuk datang ‘berubat’ seorang diri ketika suaminya sedang bekerja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Buat pasangan suami isteri yang belum dikurniakan cahaya mata, pastinya akan berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan anak.
Tidak kiralah menggunakan kaedah moden atau tradisional, asalkan kaedah itu dapat membantu memberi apa yang dikehendaki.
Tunggu Zuriat Selama 12 Tahun, Cari Bomoh Sebagai Ikhtiar
Namun, malang buat seorang wanita dari Riau, Indonesia apabila ikhtiarnya untuk mendapatkan zuriat bertukar menjadi tragedi apabila dia dirogol oleh seorang bomoh.
Menurut Ketua Polis Daerah Indragiri Hulu Dody Wirawijaya, mangsa yang dikenali sebagai SBT telah 12 tahun berkahwin dan tidak mempunyai anak.
Dia yang berumur 34 tahun dan bekerja sebagai suri rumah itu telah mengambil inisiatif untuk berubat secara tradisional bersama bomoh tersebut sebagai ikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
Dirogol 20 Kali Hingga Hamil Tujuh Bulan
Walau bagaimanapun, bomoh yang dinamakan sebagai DDS itu bertindak mencabul dan merogol mangsa ketika wanita itu mahu mendapatkan rawatan.
“Suspek merogol mangsa sebanyak 20 kali sejak Februari 2021 dan kini mangsa hamil tujuh bulan. Kali terakhir mangsa dirogol bomoh itu, pada penghujung Julai lalu.
“Pada awalnya mangsa dan suaminya menemui suspek yang dikenali sebagai bomoh untuk mendapatkan rawatan. Namun pada rawatan susulan mangsa pergi ke tempat suspek seorang diri kerana suaminya bekerja,” katanya.
Dirogol Ketika Buat Rawatan Di Bilik Air, Siap Beri Cincin & Kain Sebagai Pelindung Diri
Tambah Dody, suspek turut memberi ‘pelindung diri’ kepada mangsa berbentuk cincin dan kain yang telah didoakan dengan nilai 2.1 juta rupiah (anggaran kira-kira RM612) setelah menjalani rawatan beberapa kali.
Detik hitam bermula setelah suri rumah itu mengambil keputusan untuk hadir berubat seorang diri kerana suaminya yang bekerja.
Menurut suspek, terdapat sesuatu yang tidak baik dalam badan mangsa dan untuk membuang ‘sesuatu’ itu, mangsa perlu dimandikan dengan air bunga.
Wanita berkenaan setuju dan isteri suspek kemudiannya melakukan persiapan bagi rawatan tersebut. Pada saat itulah bomoh tersebut melakukan perbuatan keji itu kepada mangsa.
“Mangsa tidak ada kuasa untuk melawan kerana keliru serta takutkan bomoh itu. Perbuatan itu berterusan kira-kira 20 kali. Akhirnya mangsa tidak kembali kepada suaminya kerana rasa bersalah,” kata Dody.
Malah, akibat daripada perbuatan terkutuk bomoh itu menyebabkan mangsa hamil namun dia diakatakan tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya.
Ekoran daripada itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Daerah Indragiri Hulu, Riau, Indonesia.
Polis berjaya menangkap suspek dan ketika ditangkap barang bukti seperti peralatan rawatan dan pakaian milik mangsa turut ditemui.
Baca Artikel Berkaitan: