fbpx
Now Reading
Mahu Kekasih Cantik Berseri Seperti Artis, Lelaki Di Thailand Curi 120 Produk Pemutih Wajah

Mahu Kekasih Cantik Berseri Seperti Artis, Lelaki Di Thailand Curi 120 Produk Pemutih Wajah

Singha Toomkhon dikatakan telah mencuri 120 produk pencerah kulit yang bernilai 4,680 Baht (anggaran kira-kira RM614) sebagai hadiah buat kekasihnya yang berusia 35 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hanya kerana mahu kekasih menjadi cantik seperti artis, seorang lelaki di Thailand sanggup mencuri produk pemutihan kulit untuk kekasihnya.

Perbuatannya itu terbongkar apabila dia yang dikenali sebagai Singha Toomkhon ditangkap ketika mencuri minuman alkohol di sebuah pasar raya di wilayah Isaan, Surin, Thailand.

Minuman alkohol itu akan digunakan untuk dinikmati ketika majlis bersama rakan-rakannya.

Ditangkap Ketika Curi Alkohol Di Pasar Raya

Difahamkan, seorang pekerja pasar raya berkenaan menyedari perbuatan suspek yang sedang mencuri minuman alkohol jenis vodka di salah sebuah rak yang terdapat di pasar raya itu.

Menyedari tingkah lakunya disedari oleh pekerja tersebut, suspek melarikan diri dengan menggunakan motosikal Honda Wave milik pelanggan pasar raya itu.

Dia akhirnya ditangkap ketika sedang seronok berparti bersama rakan-rakannya setelah laporan polis dibuat oleh pekerja pasar raya di Balai Polis Satuk.

Perbuatan Mencuri 120 Produk Pemutihan Terbongkar

Ketika tangkapan dibuat, suspek mengaku turut mencuri produk pencerahan kulit di sebuah kedai serbaneka sebelum mencuri alkohol di pasar raya terbabit.

Dia dikatakan telah mencuri 120 produk berkenaan yang bernilai 4,680 Baht (anggaran kira-kira RM614) sebagai hadiah buat kekasihnya yang baru dikenali selama lima bulan.

Menurut Toomkhon, dia menjadikan kekasihnya sebagai inspirasi dalam melakukan kegiatan mencuri itu.

Malah, dia dikatakan sanggup melakukan perbuatan itu bagi memenuhi impiannya yang mahu teman wanita menjadi lebih cantik dan berseri seperti seorang artis.

Nilai Keseluruhan Barang Curi Melebihi 10,000 Baht

Hasil siasatan menunjukkan nilai barang yang dicuri secara keseluruhannya adalah sebanyak 11,680 Baht (kira-kira RM1,534) yang merangkumi 7,000 Baht bagi produk alkohol dan 4,680 Baht bagi produk pemutih kulit.

Dia kini ditahan di bawah Seksyen 334 Undang-Undang Jenayah kerana tidak jujur mengambil harta orang lain. Sekiranya didapati bersalah, dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun dan denda hingga 60,000 Baht (kira-kira RM7,881).

#บุรีรัมย์ #อำเภอสตึก พ.ต.อ.วชิรวิทย์ วรรณธาณี ผกก.สภ.สตึก อ.สตึก จ.บุรีรัมย์ และ พ.ต.ท.สืบสกุล เกงขุนทด รอง…

Posted by ศูนย์แจ้งข่าวบุรีรัมย์ on Tuesday, 5 September 2023

Baca Artikel Berkaitan: Pencuri Menjerit Selepas Ditakutkan Oleh Tuan Rumah Dengan Ular

Baca Artikel Berkaitan: Awalnya Mencuri, Perompak Akhirnya Jatuh Cinta Selepas Lihat Foto Mangsa Di Telefon

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.