fbpx

Pemuda Nekad Turunkan Berat Badan Selepas Majlis Perkahwinan Dibatalkan [Video]

Muhammad Iskandar Abdul Rahman berjaya menurunkan berat badan sebanyak 40 kilogram berbanding berat asalnya 126 kilogram.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Cinta merupakan satu perasaan kasih sayang yang wujud dalam diri seseorang terhadap individu lain. Dengan cinta, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja asalkan orang yang dicintai hidup bahagia.

Setiap pasangan yang bercinta pastinya mahu mengakhiri hubungan tersebut hingga jinjang pelamin. Namun, siapalah kita sebagai manusia yang hendak menidakkan takdir tuhan apabila hubungan itu terputus di tengah jalan.

Putus cinta sememangnya perit dan menyebabkan rasa kecewa dalam diri setiap individu. Ada segelintir yang sampai tidak lalu makan gara-gara putus cinta.

Namun, ada juga yang melihat ia sebagai satu perkara positif yang boleh membawa kebaikan dalam kehidupan seseorang.

Nekad Turunkan Berat Badan Setelah Tidak Jadi Kahwin, Dari 126kg jadi 90kg

Begitulah juga dilakukan seorang pemuda ini yang nekad menurunkan berat badan selepas mengalami kekecewaan kerana tidak jadi kahwin.

Pemuda yang dikenali sebagai Muhammad Iskandar Abdul Rahman itu berjaya menurunkan berat badan lebih 40 kilogram berbanding berat asalnya 126 kilogram.

Menurutnya, kekecewaan yang dialami akibat daripada pembatalan majlis perkahwinannya pada Oktober tahun lalu telah menjadi pendorong untuk menurunkan berat badan dan mengamalkan gaya hidup serta pemakanan yang sihat bermula November 2022.

Malah, bagi merealisasikan hasrat ini, dia mengamalkan pemakanan defisit kalori dan bersenam di gimnasium.

“Bagi saya penjagaan makanan tersangatlah penting. Saya kurangkan gula, minyak dan makanan segera, sebaliknya banyak makan real food dan lebihkan protein dalam pemakanan.

“Sebenarnya, apa yang mendorong saya untuk menurunkan berat badan juga adalah apabila saya tak jadi berkahwin.

“Disebabkan kekecewaan itu saya jadikan pembakar semangat untuk mulakan perjalanan menurunkan berat badan. Ia juga memotivasikan diri untuk mengamalkan gaya hidup lebih sihat. Alhamdulillah, sampai sekarang jumlah penurunan lebih 40kg,” katanya.

Salahkan Diri Sendiri, Anggap Tiada Jodoh

Tambah Iskandar, dia menyalahkan diri sendiri dan menganggap tiada jodoh di antara dia dan bekas kekasihnya.

“Sebulan lagi nak kahwin, saya putuskan untuk tidak meneruskan perkahwinan. Saya anggap tak ada jodoh antara kami. Dalam masa sama, saya menyalahkan diri sendiri juga. Sebab ketika itu saya lebih sayangkan orang lain daripada diri sendiri.

“Jadi, sepanjang perjalanan menurunkan berat badan ini, Alhamdulillah saya jumpa diri yang sebenar-benarnya. Apa yang memotivasikan saya adalah sayang diri sendiri dengan cara menjaga fizikal badan dan penampilan yang baik secara berterusan,” katanya dipetik Harian Metro.

Terima Pelbagai Reaksi Yang Positif

Menurut Iskandar, dia mendapat pelbagai respon yang rata-ratanya positif ekoran daripada perubahan yang dialami olehnya.

“Penerimaan sangat luar biasa dan sangat positif. Orang sekeliling saya juga gembira dengan perjalanan ini. Gaya hidup saya juga lebih sihat daripada sebelumnya,” katanya.

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Kongsi 7 Tips Turun Berat Badan Ketika Bulan Ramadan [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kongsi Tips Turun 20 KG Berat Badan Dalam Masa Setahun

View Comments (0)

Leave a Reply

Β© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.