fbpx
Now Reading
Wanita Kongsi 7 Tips Turun Berat Badan Ketika Bulan Ramadan [Video]
wanita kongsi berat turun ketika berpuasa

Wanita Kongsi 7 Tips Turun Berat Badan Ketika Bulan Ramadan [Video]

Antara tips untuk menguruskan badan ketika berpuasa di bulan Ramadan adalah tidak meninggalkan waktu sahur dan melakukan solat tarawih.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bermula hari ini (23 Mac) umat Islam di kebanyakan negara termasuk Malaysia telah mula menjalankan ibadah rukun ketiga iaitu berpuasa di bulan Ramadan.

Namun apabila tiba sahaja Ramadan ada yang menyangka mereka tidak boleh mengamalkan diet pemakanan untuk menguruskan badan hanya disebabkan kita tidak makan seharian.

Sebenarnya ia tidak menjadi masalah cuma apa yang membezakan adalah waktu makan bukan lagi di waktu siang tetapi di waktu malam.

Baru-baru ini, seorang wanita di TikTok @junaidah_ayu telah berkongsi tujuh tips untuk menurunkan berat badan meskipun sedang berpuasa.

Yang menariknya, tips yang dikongsikan ini bukanlah sekadar tips ‘kosong’, sebaliknya wanita ini sendiri pernah berdepan masalah berat badan suatu masa dahulu.

Namun atas kegigihan dan usaha kerasnya, dia akhirnya berjaya menurunkan berat badan dengan cara sihat.

Tanpa berlengah lagi jom kami kongsikan kepada anda 7 tips untuk menurunkan berat badan semasa berpuasa, barulah cantik di pagi raya nanti jika mula dari sekarang.

#1 Jangan skip waktu sahur

Foto: Pexels

Haa pasti ramai yang selalu mengelak dari bangun sahur bukan? Jika anda ingin turunkan berat badan waktu sahur ini penting tau untuk memberikan anda tenaga.

Makan makanan yang berkhasiat, jika tidak mahu makan terlalu berat air susu dan tiga biji kurma juga memadai.

Selain itu cuba lambatkan waktu bersahur agar anda tidak cepat lapar mahupun dahaga.

#2 Kurangkan makanan bergoreng

Cuba untuk elakkan dari mengambil sebarang makanan yang digoreng dalam minyak yang banyak seperti ‘deep fried’.

Namun sudah nama pun puasa adakalanya teringat juga nak makan ayam goreng bukan? Jangan bimbang anda boleh menggunakan ‘air fryer’ di mana ia tidak perlu dimasak menggunakan minyak.

#3 Jangan ambil makanan berproses

Mungkin ada yang sangka dengan merebus atau memasak makanan segera menggunakan air fryer adalah sesuatu yang sihat.

Jangan salah faham ya, makanan segera seperti nuget, sosej dan sebagainya adalah tidak sihat untuk dimakan terutama jika anda kini dalam misi untuk menguruskan badan.

Ini kerana makanan segera ini mempunyai lemak tepu dan garam yang banyak. Rasa sememangnya sedap tetapi jangan hancurkan impian memiliki badan yang cantik dan sihat kerana makanan segera.

#4 Kurangkan garam

Foto: Pexels

Di dalam setiap makanan sudah tentu ia mempunyai mineral yang tersendiri, jadi cuba kurangkan garam di dalam masakan.

Bukan hanya itu, anda juga perlu mengurangkan dari pengambilan makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti snek atau keropok, mi segera dan banyak lagi.

Cuba untuk menukarkan snek anda kepada sesuatu yang lebih sihat seperti kekacang, buah-buahan atau sayuran.

#5 Kawal saiz hidangan makanan

Tidak dinafikan sepanjang berpuasa kita memang akan berasa lapar. Tetapi tidak bermakna ketika berbuka anda boleh makan secara banyak meskipun telah seharian berlapar.

Amalkan pemakanan yang suku-suku separuh semasa berbuka dan juga makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

Maksud makan secara kerap ini perlulah juga lihat waktu yang sesuai jangan pula 10 minit nak tidur anda makan mi sup pula ūüėĖ.

#6 Buat senaman 30 minit sebelum berbuka

Foto: Pexels

Waktu berpuasa anda juga digalakkan untuk bersenam, namun ia perlu melihat kepada kemampuan masing-masing.

Jangan terlalu memaksa diri untuk melakukan senaman yang berat hingga menyebabkan anda tidak berdaya.

Lakukan senaman yang ringan pun sudah memadai. Contohnya berjalan, melakukan yoga atau senaman aerobik yang mudah.

#7 Lakukan solat tarawih

Solat tarawih merupakan ibadah sunat yang hanya boleh dilakukan ketika bulan puasa sahaja jadi anda boleh menggunakan kesempatan ini untuk mengumpul pahala.

Apa yang lebih menarik, ketika solat tarawih banyak pergerakan badan yang akan dilakukan dan ini secara tidak langsung boleh membakar kalori yang sudah diambil ketika berbuka tadi.

Selain itu jangan lupa untuk minum air kosong yang banyak kerana sepanjang berpuasa badan mungkin kekurangan air.

Rupanya mudah sahaja tips untuk turunkan berat badan ketika Ramadan, malah ia mungkin boleh diamalkan sehingga anda mendapat berat yang diimpikan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.