fbpx
Now Reading
Ini 5 Langkah Untuk Kurangkan Gejala PCOS, Masalah Hormon Yang Sering Dihadapi Wanita

Ini 5 Langkah Untuk Kurangkan Gejala PCOS, Masalah Hormon Yang Sering Dihadapi Wanita

Antara langkah untuk mengurangkan gejala PCOS adalah dengan mengamalkan gaya hidup sihat serta pemakanan yang seimbang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai wanita, pernahkah anda mendengar mengenai Sindrom Ovari Polistik atau PCOS? Ia merupakan salah satu masalah hormon yang sering dihadapi oleh kaum Hawa.

Ia berlaku apabila tubuh menghasilkan hormon androgen (hormon lelaki) yang lebih tinggi daripada biasa. Ketidakseimbangan hormon ini boleh menganggu kitaran haid dan penampilan malah yang lebih teruk menyukarkan wanita untuk menimang cahaya mata.

Tapi jangan risau kerana setiap masalah pasti ada penawarnya. Sebagai seorang yang menghidapi penyakit PCOS, rawatan kepada sindrom ini tidak hanya bergantung kepada ubat semata-mata namun gaya hidup juga perlu diubah.

Berikut kami kongsikan lima kaedah bagi mengurangkan gejala PCOS:

#1 Amalkan Pemakanan Yang Seimbang

Foto: Freepik

Mengamalkan pemakanan yang seimbang merupakan langkah utama dalam mengawal gejala PCOS. Lazimnya, individu yang mengalami gejala ini sukar untuk menolak makanan yang mengandungi gula yang tinggi.

Malah, ada di antara mereka yang mengalami berat badan berlebihan dan sukar untuk mengurangkannya.

Jadi, langkah utama yang terbaik untuk mengurangkan masalah PCOS adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang dan cukup nutrisi melalui pengambilan makanan yang sihat antaranya seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Ini kerana ketidakseimbangan hormon terutamanya PCOS berlaku disebabkan kekurangan vitamin antaranya seperti Vitamin D.

#2 Amalkan Gaya Hidup Aktif

Foto: Freepik

Mengamalkan gaya hidup aktif juga mampu merawat PCOS. Berdasarkan Hello Doktor, menjalani kehidupan yang aktif secara fizikal dapat memperbaiki hormon dan mengurangkan risiko masalah kesihatan jangka panjang.

Biasakan diri untuk bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Namun, sekiranya anda tidak mempunyai masa untuk bersenam, berjalan sebanyak 10,000 langkah sehari atau morning walk pun sudah memadai.

Anda juga boleh melakukan senaman lain seperti senamrobik dan zumba bagi memperbaiki dan mengurangkan gejala PCOS.

#3 Elakkan Daripada Menggunakan Kosmetik Yang Mengandungi Bahan Tertentu

Foto: Freepik

Tahukah anda, penggunaan barang harian seperti kosmetik dan penjagaan muka juga turut mempengaruhi gejala ini.

Ini kerana bahan seperti Retinol, Alpha Hydroxy Acids (AHA), Beta Hydroxy Acids (BHA) yang terdapat dalam produk penjagaan kulit serta Diethanolamine (DEA) yang terdapat dalam produk penjagaan rambut perlu dielakkan.

Malah, elakkan juga produk penjagaan badan seperti syampu, deodoran dan minyak wangi yang mengandungi Endocrine-disrupting chemicals (EDC’S) kerana ia juga boleh menganggu hormon dalam badan anda.

Cuba cari alternatif atau barangan berasaskan organik dan pastikan produk itu selamat untuk digunakan.

#4 Elakkan Daripada Penggunaan Produk Plastik

Foto: Freepik

Selain itu, mengelak dari menggunakan bahan berasaskan plastik juga mampu membantu mengurangkan gejala PCOS.

Ini kerana penghasilan EDC’s antaranya seperti Bisphenol A (BPA), Phthalates dan juga Phenol yang terdapat dalam plastik serta bahan penyimpanan makanan juga boleh mempengaruhi hormon dalam badan wanita.

Cuba ubah gaya hidup dan elakkan daripada menggunakan plastik dalam kehidupan seharian.

#5 Amalkan Minum Teh Spearmint

Foto: Freepik

Mengambil minuman teh spearmint turut mampu membantu mengurangkan gejala PCOS. Ini kerana minuman tersebut mampu mengawal penghasilan hormon terutamanya hormon lelaki serta mengalakkan penghasilan hormon penting wanita.

Malah, ia juga mampu mengawal pertumbuhan bulu yang berlebihan kepada wanita yang mengalami gejala ini.

Secara kesimpulannya, gejala PCOS sememangnya boleh menganggu kitaran haid wanita malah boleh menyebabkan pasangan yang berkahwin menghadapi kesulitan untuk mendapatkan anak.

Namun, jangan risau! Gejala ini boleh dikurangkan jika anda mengikut lima langkah tersebut. Apa yang penting amalkan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

Dan dengan izin Allah, anda juga berpeluang memperolehi cahaya mata seperti yang diimpikan oleh setiap pasangan.

Bahkan, penulis juga turut berdepan dengan masalah ini. Namun, dengan penjagaan dan pengambilan vitamin, gejala ini dapat dikurangkan.

Alhamdulillah, penulis juga berjaya hamil selepas mematuhi langkah-langkah dan panduan yang dikongsikan pakar sama seperti dalam artikel di atas.

Selamat Mencuba!

Baca Artikel Berkaitan: Wanita Hamil Lebih Berisiko? Ketahui Apa itu Carpal Tunnel Syndrome & Faktornya

Baca Artikel Berkaitan: Nak Wajah Kekal Awet Muda? Ini Rahsia Yang Wanita Patut Tahu

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.