fbpx
Now Reading
Jangan Ambil Mudah, Golongan Muda Juga Berisiko Untuk Kena Strok

Jangan Ambil Mudah, Golongan Muda Juga Berisiko Untuk Kena Strok

Sebanyak 40% daripada kes yang memerlukan kemasukan ke hospital adalah terdiri daripada individu yang berumur di bawah 60 tahun.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umumnya, strok atau angin ahmar berlaku akibat penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Terdapat dua jenis strok iaitu:

  • Strok Iskemia : berlaku pembekuan darah atau saluran darah tersumbat yang menghalang aliran darah ke otak
  • Strok Hemoragik : berlaku pendarahan darah di otak

Hasil kajian menunjukkan 15% golongan muda menghidapi strok iskemia atau arteri tersumbat, lapor Harian Metro

Menurut Perunding Neurologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Sunway Medical Centre Velocity (SMVC), Dr. Kok Chin Yong, terdapat trend peningkatan strok iskemia dalam golongan muda dengan anggaran sebanyak 40% daripada kes yang memerlukan kemasukan ke hospital adalah terdiri daripada individu yang berumur di bawah 60 tahun.

Faktor Utama Yang Menyumbang Kepada Strok

Menurut beliau, terdapat beberapa faktor utama yang menjadi penyumbang kepada peningkatan golongan muda menghidapi strok. Antaranya seperti;

  • Merokok
  • Gaya hidup yang tidak aktif
  • Tabiat makanan yang tidak sihat
  • Peningkatan pengambilan alkohol
  • Pengambilan dadah secara haram
  • Hipertensi (Darah Tinggi)
  • Apnea tidur obstruktif (OSA) – gangguan pernafasan ketika tidur
  • Faktor persekitaran – pencemaran udara
  • Faktor risiko yang jarang berlaku – Sindrom moya-moya dan sindrom anti-fosfolipid
Sumber: Freepik

“Golongan muda lebih mudah terdedah kepada faktor ini kerana gaya hidup mereka yang tidak aktif, tabiat makanan yang tidak sihat, masa skrin yang berlebihan dan peningkatan pengambilan alkohol.

Perunding Neurologi dan Pakar Perubatan Dalaman, Sunway Medical Centre Velocity (SMVC), Dr. Kok Chin Yong

Tambah beliau, golongan muda seharusnya mengamalkan gaya hidup sihat seperti senaman yang kerap dan diet yang seimbang bagi mengelakkan daripada menghidapi strok.

Baca Artikel Berkaitan: “Aku Sakit Strok Sebelah Kanan”

Penilaian Simptom Penyakit Strok Menggunakan Kaedah BE FAST

Antara simptom strok yang biasa dikenal pasti adalah seperti terkulai muka, lemah lengan dan masalah pertuturan. Simptom ini boleh dikesan dengan menggunakan kaedah BE FAST iaitu:

  • B: keseimbangan atau pening
  • E: masalah mata atau visual
  • F: terkulai muka
  • A: kelemahan lengan
  • S: gangguan pertuturan
  • T: masa untuk memanggil 999

Proses Pemulihan Adalah Berbeza Mengikut Individu

Dalam pada itu, Pakar Perunding Rehabilitasi, Dr. Foong Chee Choong berkata, rawatan dan rehabilitasi adalah penting dalam proses pemulihan namun ia bergantung kepada pelbagai faktor seperti pemilihan pakar dan peralatan yang sesuai bagi menyokong proses berkenaan.

“Proses pemulihan dan jenis rawatan akan berbeza dan tiada dua pesakit akan mengalami kemajuan yang sama. Memandangkan faktor ini, doktor perlu menilai keadaan pesakit dan mencadangkan pelan rawatan yang sesuai dan berkesan yang disesuaikan dengan keperluan mereka.”

Pakar Perunding Rehabilitasi, Dr. Foong Chee Choong

Tambah beliau lagi, usia juga memainkan peranan penting dalam proses pemulihan di mana golongan muda berpeluang untuk pulih dengan cepat berbanding golongan yang lebih tua.

Faktor lain yang turut menyumbang kepada pemulihan strok adalah seperti penggunaan robotik yang dapat meningkatkan pergerakan pesakit dan penggunaan jurulatih gait exoskeleton yang membantu pesakit strok seperti kecederaan saraf tunjang, lumpuh pada bahagian bawah badan, kecederaan otak dan lain-lain lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.