fbpx
Now Reading
Wanita Di Thailand Diserang Penyondol Yang Juga Bekas Rakan Baik Guna Pisau

Wanita Di Thailand Diserang Penyondol Yang Juga Bekas Rakan Baik Guna Pisau

Sikap suaminya mula berubah selepas menjalinkan hubungan lebih setahun dengan rakan baik wanita itu, C yang sering berkunjung ke rumah mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan suami isteri sudah pasti mahu hubungan yang dibina kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

Namun, tidak semua yang bernasib baik dapat mengekalkan keharmonian dan kebahagiaan rumah tangga.

Ini kerana dugaan seperti gangguan orang ketiga dan perubahan sikap pasangan menjadi antara cabaran yang sering dihadapi oleh pasangan suami isteri.

Keadaan ini boleh menjadi bertambah teruk apabila pasangan mula berubah dan sanggup mengetepikan keluarga hanya untuk hidup bersama orang baharu.

Skandal Suami Toreh Muka Isteri, Anak Skandal Turut Terlibat

Begitulah nasib malang yang dihadapi oleh seorang wanita yang berusia 40 tahun di Thailand apabila suaminya memilih untuk hidup bersama dengan skandalnya.

Malah, apa yang lebih teruk adalah mukanya ditoreh menggunakan pisau oleh pemusnah rumah tangganya itu.

Dia yang dikenali sebagai A cedera di bahagian muka akibat ditoreh oleh skandal yang dikenali sebagai C yang juga merupakan bekas rakan baiknya.

Kejadian dipercayai berlaku di rumah C yang terletak di Wiang Hang, Wilayah Chiang Mai ketika A mahu mengambil telefon bimbit milik anaknya yang di bawa oleh suami pada 4 September yang lalu.

Menurut anak buah A, lelaki berkenaan telah pergi ke rumah C dengan membawa telefon bimbit milik anak pasangan itu.

Menyedari anaknya mahu menggunakan telefon bimbit tersebut, A telah pergi ke rumah C bagi meminta suaminya memulangkan peranti mudah alih itu.

C yang tidak puas hati dengan kehadirannya terus menarik A yang pada ketika itu sedang menunggu di luar rumah.

Ketika kejadian, A dipukul oleh C dan anaknya serta suami A turut terlibat sama. Menurut A, C telah mengambil pisau dan menoreh mukanya hingga luka.

Jiran yang terdengar tentang kejadian itu telah menyelamatkan A dan membawanya ke hospital berhampiran.

Malah, pada hari yang sama dengan kejadian, anak buah wanita itu telah memuat naik satu gambar berhubung keadaan A yang mengalami kecederaan di bahagian pipi kiri dan mukanya dipenuhi dengan darah.

“Warga Wiang Hang, mohon bantuan. Ada sesiapa yang mempunyai pengetahuan mengenai undang-undang? Bagaimana penyerang boleh dihukum?’ tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Foto: FB Preya Pimpim via TheThaiger

Skandal Nafi Toreh Gunakan Pisau

Pegawai polis daripada Balai Polis Wiang Hang yang dikenali sebagai Charnchai Penchaiya bagaimanapun berkata C telah menafikan dakwaan yang dia menggunakan pisau.

Sebaliknya, dia mendakwa menggunakan beg untuk memukul dan besi pada beg itu terkena pada muka A hingga menyebabkan kecederaan.

Tambah Penchaiya, ketiga-tiga individu yang terlibat dalam pergaduhan itu bersetuju untuk mengelak dari berjumpa antara satu sama lain.

Malah, dia juga tidak menerima laporan rasmi daripada A berhubung kejadian itu. Bagi Penchaiya, dia yakin bahawa penyelesaian akan dicapai berhubung perkara tersebut.

Walau bagaimanapun, pihaknya tetap akan mengambil tindakan undang-undang jika diminta oleh mana-mana pihak.

Untuk info, A dan suaminya yang berusia 46 tahun telah mempunyai tiga orang anak hasil perkongsian hidup bersama.

Namun, sikap suaminya mula berubah selepas menjalinkan hubungan lebih setahun dengan rakan baiknya, C yang sebelum itu sering berkunjung ke rumah mereka.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Kelar Diri Sendiri Guna Serpihan Kaca Lepas Isteri Tegur Beli Hadiah Jam Mahal

Baca Artikel Berkaitan: Isteri Ketiga Didakwa Guna Parang Cederakan Isteri Keempat

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.