fbpx
Now Reading
“Ada Benar, Ada Yang Tidak Benar” – Marissa Akhirnya Buka Mulut Selepas Digelar ‘Penyondol’

“Ada Benar, Ada Yang Tidak Benar” – Marissa Akhirnya Buka Mulut Selepas Digelar ‘Penyondol’

Anak kepada pelakon dan penyanyi, Norman Hakim dan Abby Abadi itu turut mengakui kesilapannya dengan apa yang berlaku.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Selepas hampir dua hari mendiamkan diri, anak kepada pelakon dan penyanyi, Norman Hakim dan Abby Abadi, Marissa Dania akhirnya tampil mengulas mengenai dakwaan yang dirinya telah meruntuhkan rumah tangga orang lain.

Marissa menerusi satu posting di Instagram mengakui kesilapannya sehingga terjerumus dalam konflik rumah tangga seorang wanita yang dikenali sebagai Umisya Mazlan atau Misya bersama bekas suaminya, Aslam.

Dia bagaimanapun menegaskan tidak semua yang ditularkan adalah benar.

“Saya akui saya bersalah. Apa yang ditular dan dikatakan ada yang benar, saya mengaku. Ada juga yang tidak namun saya di sini bukan untuk mempertahankan diri saya untuk menunjukkan yang saya tidak bersalah dalam sesetengah perkara. Sangat tidak adil untuk dengar daripada satu pihak sahaja sebab cerita yang dikongsi bukannya 100% tepat. Tapi tiada keperluan untuk saya yakinkan semua orang untuk kepuasan semua.”

Marissa Dania

Nafi ‘celebrate’ selepas wanita itu berpisah

Marissa turut menafikan dakwaan yang dia dan bekas suami Misya iaitu Aslam ada melakukan ‘celebration’ selepas lelaki itu dan isterinya pulang dari mahkamah. Tegasnya itu salah satu perkara tidak betul yang telah ditularkan.

“Saya dan Aslam tiada celebrate apa-apa selepas mereka pulang dari mahkamah seperti yang ditulis oleh Umisya di Twitter. Apa yang kami buat sampai dia boleh cakap kami celebrate? Salah satu perkara tidak benar yang diviralkan.”

Marissa Dania

Dia dalam masa sama turut menegaskan sudah tiada kaitan dengan pihak yang menularkan isu.

“Antara saya dan pihak yang menularkan, saya sudah tiada kaitan dengan mereka.
Cukuplah semua kenyataan yang dikeluarkan untuk memberitahu satu dunia bahawa saya bersalah, bahawa saya punca dia melanggar taklik dan penceraian berlaku.”

“Cukuplah saya dan Aslam yang tahu”

Marissa bagaimanapun enggan mengulas mengenai hubungannya dengan bekas suami Umisya itu.

“Antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan dia sahaja yang tahu apa yang sebenar benarnya terjadi antara kami. Daripada bermulanya semua ni sehingga ianya berakhir.

“Saya bersalah dan saya akuinya, dan tujuan posting ini adalah untuk memberitahu anda yang saya tidak akan mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi atau membela diri saya atau pun memuaskan hati mana-mana pihak.”

Mengakui semua pihak mempunyai pendapat tersendiri tentang sesuatu perkara, Marissa bagaimanapun menekankan yang dia juga mempunyai hak untuk bersuara.

Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai agar menjaga kata-kata kerana dikhuatiri ia akan menimbulkan fitnah atau menghina orang lain.

“Semua orang mempunyai pandangan berbeza mengenai setiap perkara tetapi jangan lupa bahawa setiap individu juga ada hak untuk bersuara. Begitu juga dengan saya bagi pihak saya.”

“Saya tidak boleh menutup mulut orang

Terdahulu tular di media sosial perkongsian seorang wanita yang mendakwa anak kepada pelakon dan penyanyi terkenal itu telah menjadi orang ketiga hingga menyebabkan perkahwinannya bersama suami runtuh.

Isu ini menyebabkan akaun Instagram Abby dan Norman ‘diserang’ netizen yang mahukan kepastian dengan apa yang berlaku.

Abby kemudiannya tampil mengakui ada berjumpa dengan keluarga namun menafikan dakwaan wanita itu yang kononnya perjumpaan itu adalah untuk meminta maaf kepadanya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.