fbpx
Now Reading
Aksi ‘Gangster Kampung’ Sibuk Di Kawasan Kemalangan Buat Ramai Risau [Video]

Aksi ‘Gangster Kampung’ Sibuk Di Kawasan Kemalangan Buat Ramai Risau [Video]

Menerusi video TikTok itu, kelihatan angsa peliharaan bapa @ayudira627 turut menyibukkan diri ke lokasi kemalangan membuatkan gadis itu menjadi risau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lazimnya, apabila pulang atau melalui kawasan kampung, antara haiwan peliharaan yang sering berkeliaran adalah ayam.

Selain ayam, angsa juga turut menjadi pilihan kerana sifatnya yang kadang kala ‘garang’ dan boleh melindungi tuan rumah.

Oleh sebab itu, kebanyakan individu menggelar angsa sebagai ‘gangster kampung’ kerana tabiat mereka yang gemar menyerang manusia.

Kadang-kala pemilik haiwan ini juga boleh pening dengan sikap mereka yang sukar diduga.

Angsa Milik Bapa Menyibuk Di Kawasan Kemalangan

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok, @ayudira627 yang risau dengan tabiat haiwan peliharaan bapanya ketika berlaku satu kemalangan di hadapan rumah keluarganya.

Pada awal video berkenaan, kelihatan seorang rakan wanita sedang menyolek gadis berkenaan di rumahnya.

Namun, segalanya terhenti apabila mereka terdengar bunyi kemalangan jalan raya di hadapan rumah mereka di Tuaran, Sabah.

Dia dan keluarganya bergegas keluar rumah bagi melihat situasi sebenar yang terletak hanya beberapa meter dari kediaman mereka.

“Kejadian petang tadi di hadapan rumah, syukur tiada cedera parah,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Apa yang menarik perhatian adalah kelibat angsa peliharaan milik bapanya yang turut menyibukkan diri ke lokasi kemalangan.

“Aku risau angsa ayah aku menyibuk,” tulisnya di video berkenaan.

Menerusi video yang mendapat tontonan lebih 200 ribu tontonan itu, kedengaran Ayu memanggil haiwan itu kerana risau angsa itu akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Hey, sini kamu jangan pergi sana! Angsa! Angsa, sini kau.

“Astagfirullahalazim, menyibuk juga angsa itu,” kata wanita itu.

Difahamkan, angsa berkenaan pergi ke lokasi kemalangan kerana menyedari tuannya yang juga ayah gadis berkenaan turut berada di tempat kejadian.

@ayudira627

kejadian tadi petang depan rumah -syukur tiada cedera parah #hati2 #memandu

♬ bunyi asal – Missdira – Missdira
@ayudira627

Membalas kepada @mengdel nah 🤣

♬ bunyi asal – Missdira – Missdira

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat angsa yang kononnya mahu mengambil tahu tentang kemalangan tersebut.

Namun, ada juga yang turut risau gangster kampung berkenaan akan menyerang kesemua manusia itu.

Ingatkan Angsa Tu Yang Kena Langgar, Bunyi Dia Macam Nazak Dah

Nasib Angsa Ni Behave, Kalau Tak, Semua Lari Dah

Dia Nak Pergi Tolong Juga Tu, Jangan Marah Dia

Comel Je Angsa Tu Jalan, Santai Betul Dia

Angsa Pun Dah Pandai Curious

Baca Artikel Berkaitan: Panik Dikejar Angsa, Makcik Ini Tunjuk Skill Bela Diri [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Rare Ni” – Pelajar Hadiah Cikgu Ayam Sempena Hari Guru [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.