fbpx
Now Reading
Kawan Guna Van Jenazah Jemput Di Airport Buat Ramai Terhibur [Video]

Kawan Guna Van Jenazah Jemput Di Airport Buat Ramai Terhibur [Video]

Apa yang menarik perhatian ramai adalah tingkah laku mereka yang hanya mampu tertawa dan tidak menyangka rakannya itu benar-benar membawa van jenazah bagi menjemput mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap orang dalam dunia ini pasti mempunyai sekurang-kurangnya satu atau dua orang rakan baik. Selain daripada keluarga, kawan merupakan antara individu terpenting dalam kehidupan seseorang.

Ini kerana ada sesetengah perkara yang hanya boleh dilakukan bersama rakan termasuklah hobi, minat malah mereka juga berperanan sebagai tempat luahan perasaan.

Buat kebanyakan individu, kawan merupakan penghibur di kala suka dan duka selain ahli keluarga. Walaupun kadang kala gurauan mereka itu menyakitkan hati, namun itulah yang menceriakan hari-hari kita.

Rakan Jemput Guna Van Jenazah Di Lapangan Terbang

Begitulah yang terjadi kepada seorang lelaki apabila rakannya bergurau dengan menjemput dia dan rakannya yang lain menggunakan van jenazah.

Menerusi video yang dikongsikan di akaun TikTok @encikkhairulfahmi, kelihatan dia merakam kehadiran rakannya yang membawa van jenazah berwarna biru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, Sabah.

“POV: bila kawan dari neraka jemput di airport,” tulisnya menerusi video berkenaan.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah respon mereka yang hanya mampu ketawa dan tidak menyangka rakannya itu benar-benar membawa van jenazah bagi menjemput mereka.

“Sentiasa ingatkan kematian,” tulisnya lagi menerusi ruangan kapsyen.

Malah, menerusi video yang mendapat lebih 500 ribu tontonan itu, kelihatan keranda turut berada di bahagian tempat duduk belakang.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan geli hati dengan gelagat mereka. Malah, ada juga memuji rakannya yang membawa van jenazah itu kerana mengingatkan mereka yang lain tentang kematian.

Kalau Seat Tak Cukup, Sorang Boleh Baring

Mengingatkan Kematian Betul

Nak Mencarut Pun Auto Mengucap

Ini Nak Buka Radio Pun Serba Salah

Paling Rare, Aku? Gelak Sakan Dulu Baru naik

Baca Artikel Berkaitan: Ada Persoal Van Jenazah Guna Lampu Kecemasan, Wakil NGO Beri Sebab Kenapa Ianya Perlu Dari Sudut Teknikal

Baca Artikel Berkaitan: Untuk Bekalan Akhirat, Impian Atu Zero Miliki Van Jenazah Tercapai, Rancang Bina Masjid Pula

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.