
Pernah Terpalit Kontroversi Biasiswa NASA, Pencapaian Azhar Ali Jadi Pertikaian Selepas Jadi Felo Perdana
Bagaimanapun, menurut Presiden Persatuan Alumni Perdana Fellows, mereka tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan semakan latar belakang terhadap pemohon semasa proses pemilihan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Masihkah anda ingat pada 3 tahun yang lalu kisah seorang remaja yang mendakwa menerima biasiswa NASA sehingga menjadi bualan hangat di seluruh Malaysia walaupun akhirnya disahkan palsu.
Tidak hanya rakyat Malaysia, bahkan Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Muhyiddin Yasin dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin juga sempat mengucapkan tahniah sebelum mengetahui tentang perkara sebenar.
Pemuda yang dikenali sebagai Azhar Ali itu bagaimanapun menjelaskan bahawa dirinya juga menjadi mangsa penipuan terhadap tawaran biasiswa NASA yang diterimanya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Biasiswa Nasa : Pemuda Ini Jelaskan Dia Adalah Mangsa Penipuan
Azhar Ali kembali jadi bualan netizen lepas tular menjadi ahli Perdana Fellows
Bagaimanapun, kini Azhar Ali kembali pula menjadi bualan rakyat Malaysia selepas tular dia menjadi salah seorang ahli Perdana Fellow di Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian di bawah kepimpinan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Segalanya bermula apabila seorang pengguna laman X (Twitter) bertanya mengenai perkembangan terbaharu lelaki terbabit selepas tular isu biasiswa Nasa pada tahun 2020 lalu.
Ciapan itu kemudiannya dibalas oleh salah seorang pengguna dengan menyatakan bahawa Azhar kini menjadi salah seorang ahli Perdana Fellow (Felo Perdana) di MITI.
Untuk kepastian, seorang lagi pengguna X pula berkongsi tangkap layar ‘posting’ Tengku Zafrul yang diambil di Instagram mengenai seorang lelaki yang bernama Muhammad Azhar iaitu orang yang sama berserta pencapaiannya.
Melalui gambar tersebut, para netizen mula melakukan siasatan. Selepas ‘menggali’, mereka mendakw pencapaian seperti yang dinyatakan di dalam posting Tengku Zafrul adalah tidak benar sama sekali.
Microsoft Imagine Cup 2021 dimenangi peserta dari Kenya & hanya 5 wakil Asia menjadi top 12
Menerusi bebenang di akaun Twitter @arfdy12, pengguna laman X itu mendakwa pertandingan Microsoft Imagine Cup 2021 dimenangi oleh peserta daripada negara Kenya.
“Pusingan kedua pula adalah finalis top 4 iaitu US (Amerika Syarikat), Thailand dan NZ (New Zealand). Hanya lima wakil Asia menjadi top 12 iaitu India, China, Nepal, NZ dan Thailand,” katanya.
Tiada maklumat ditemui mengenai acara Best Delegate Bank Negara Fiscal Policy Summit 2021
Selain itu, lelaki terbabit juga tidak menemui sebarang maklumat mengenai acara Best Delegate Bank Negara Fiscal Policy Summit 2021 dan meminta penjelasan daripada pihak Bank Negara Malaysia (BNM) sekiranya mempunyai maklumat mengenai hal tersebut.
Pemenang WorldQuant Brain 2022 Global Alphathon dari Vietnam
Akhir sekali, pemenang bagi pertandingan WorldQuant Brain 2022 Global Alphathon pula dimenangi oleh peserta daripada Vietnam bukannya Malaysia.
Malah, top 4 bagi pertandingan itu juga datangnya daripada kumpulan dari universiti-universiti di Vietnam, China dan South Korea.
Eh? Dulu dia ada tipu pasal NASA tu kan? So macam ada keraguan pasal achievements-achievements tu.
— 🤎Arif E.🤎 (@arfdy12) September 12, 2023
Jom kita siasat semasa lunch time ni. Sekejap je kot. 🕵️
Ini adalah thread… https://t.co/GT2UxoQQcI
Pendedahan mengenai kesahihan pencapaian yang dinyatakan oleh Azhar itu turut dilakukan oleh pengguna-pengguna laman X yang lain.
Eh? Dulu dia ada tipu pasal NASA tu kan? So macam ada keraguan pasal achievements-achievements tu.
— 🤎Arif E.🤎 (@arfdy12) September 12, 2023
Jom kita siasat semasa lunch time ni. Sekejap je kot. 🕵️
Ini adalah thread… https://t.co/GT2UxoQQcI
Rata-rata pengguna media sosial menyimpulkan bahawa segalan pencapaian yang tertera di dalam gambar tersebut hanyalah rekaan semata-mata.
Netizen persoal mengapa pihak kerajaan tidak semak latar belakang terlebih dahulu
Tidak hanya itu, segelintir netizen juga mempersoalkan mengapa pihak kerajaan tidak membuat semakan dan siasatan ke atas latar belakang mereka yang memohon sebelum diambil menjadi ahli Perdana Fellow.
@tzafrul_aziz alaaa tengku, tercalar credibility macam ni dapat scammer as fellow under YB.
— jungledweller (@jungledweller1) September 12, 2023
Yang geng luluskan fellow perdana ni tak buat due diligence ke? Bapak pemalas sekor sekor nak check. Kang habis fellow perdana yang lain pun tercalar imej sebab satu batch dengan dia ni.
Ministry yang pilih dia as perdana fellow tu tak buat background check ke? 🤔
— Zawahir Ibrahim (@ZawahirIbrahim) September 12, 2023
Ketika artikel ini ditulis, hantaran yang dimuat naik oleh Tengku Zafrul di akaun media sosialnya masih ada dan tiada sebarang kenyataan diberikan susulan isu yang sohor ini.
Bagaimanapun, Presiden Persatuan Alumni Perdana Fellows Syed Mohamed Arif yang terkesan dengan penularan isu tersebut ada memberi kenyataan bagi pihaknya.
Persatuan Perdana Fellows Alumni tiada kuasa untuk semak latar belakang pemohon
Menurut Syed Mohamed, persatuan itu tidak mempunyai kuasa untuk menjalankan semakan latar belakang terhadap pemohon semasa proses pemilihan.
“Tujuan utama persatuan ini adalah untuk berfungsi sebagai komuniti bagi alumni program ini sekaligus untuk mendorong penglibatan dan perkembangan berterusan.
“Bagaimanapun, kami dengan tegas percaya bahawa proses pemilihan bagi Program Perdana Fellow ini harus kekal adil, telus, dan berdasarkan merit,”ujarnya.
Susulan itu, pihaknya telah mengemukakan surat rasmi kepada pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung isu terbabit.
— Perdana Fellows Alumni Association (@PFellowsAlumni) September 13, 2023