fbpx
Now Reading
Geng Hiking Terkejut Tayar Kereta Kena Toreh Sebelum Sempat ‘Healing’ [Video]

Geng Hiking Terkejut Tayar Kereta Kena Toreh Sebelum Sempat ‘Healing’ [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, insiden tersebut berlaku ketika dia dan rakannya mahu mendaki bukit di Bukit Perangin Changlun, Kedah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Apabila sebut tentang ’healing’, ia merujuk keadaan di mana individu memilih untuk melakukan sesuatu yang menenangkan jiwa atau merehatkan diri.

Perbuatan healing ini adalah berbeza mengikut setiap individu. Ada segelintir yang menjadikan tidur sebagai salah satu kaedah healing. Ada juga menjadikan aktiviti riadah atau lasak seperti mendaki bukit sebagai salah satu proses itu.

Lazimnya, apabila menyebut tentang mendaki bukit atau hiking, kemudahan terutama tempat letak kereta kebiasaannya tidak sempurna.

Ini kerana sesetengah laluan mendaki yang berdekatan dengan kaki bukit atau gunung menyukarkan penjaga untuk menyediakan parkir kereta yang selesa bagi orang awam.

Keadaan ini menyebabkan individu perlu meletakkan kereta di kawasan yang bersesuaian dan tidak menghalang lalu lintas.

Terkejut Lihat Tayar Kereta Ditoreh

Namun begitu, tidak semua orang bernasib baik apabila meletakkan kenderaan di tempat yang sepatutnya.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @_mhdimann, dia meluahkan rasa terkejut apabila melihat tayar kereta-kereta milik pengunjung di kawasan Bukit Perangin Changlun, Kedah ditoreh hingga tayar kempis.

“Ok untuk pengumuman semua, kami mai (datang) Bukit Perangin, Changlun. Nak parking kereta sangat-sangat bahaya ya di sini,” kata pemuda itu divideo berkenaan.

Menerusi video yang dikongsikan, insiden tersebut berlaku ketika dia dan rakannya mahu mendaki bukit.

Malah, terdapat beberapa kereta lain seperti Perodua Viva dan Axia turut menjadi mangsa yang didakwa sebagai perbuatan khianat individu tidak bertanggungjawab itu.

Susulan daripada kejadian ini, pemilik video berkenaan kesal dan menyatakan tidak akan mendaki bukit tersebut lagi.  

“Cara ini bahaya balik kawan-kawan, dia toreh semua ni, gaya macam ni tak naik bukit dah,” katanya lagi.

Malah, kelihatan rakannya juga turut geram dengan kejadian malang yang menimpa mereka.

“Orang buat khianat, orang nak mai (datang) healing sampai pagi tak balik, ini memang tak balik la ni,” kata rakannya dalam video tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersimpati dengan nasib yang menimpa kepada hikers dan pengunjung yang terjejas.

Malah, ada juga yang mengecam tindakan individu tidak bertanggungjawab itu yang sanggup merosakkan kenderaan orang lain tanpa sebab.

Dalam masa sama, ada juga segelintir netizen yang berpendapat kemungkinan perbuatan sesetengah pengunjung telah menimbulkan masalah sehingga individu berkenaan bertindak menoreh tayar kereta yang ada di kawasan berkenaan.

Namun, harus diingatkan ini bukan kejadian pertama yang menimpa para hikers di Malaysia. Kejadian yang sama pernah dilaporkan berlaku di banyak lokasi antaranya di Gunung Korbu-Gunung Gayong pada Februari 2023, di Bukit Padang Penampang pada 2017 dan banyak lagi.

Hati-Hati Kawasan Situ, Ada Geng Dok Perati Je Orang Dok Pi Healing Situ

Rasa Kerja Budak-Budak Nakal Kawasan Tu Je

Gaya Pakai Pisau Tu, Naya Wei Kalau Depa Serang Naik Sorang Dua

Memang Tak Boleh Tampal Ni, Kena Beli Tayar Baru

Kesiannya, Semoga Dipermudahkan Urusan

Kami Pun Bawak Masuk Kereta, Nasib Tak Jadi Benda Yang Sama

Ada Buat Apa-Apa Kot Dengan Orang Kampung

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.