fbpx
Now Reading
Pemilik Kedai Tendang Warga Asing Gara-Gara Buang Sampah Merata [Video]

Pemilik Kedai Tendang Warga Asing Gara-Gara Buang Sampah Merata [Video]

Apa yang menguji kesabaran pemilik video adalah sikap segelintir lelaki warga asing itu dilihat membuang sampah merata-rata berhampiran kedai miliknya di Johor Bahru.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sahaja di dunia ini yang suka hidup dalam keadaan kotor? Menjalani kehidupan dalam suasana sebegitu boleh menyebabkan individu dijangkiti dengan pelbagai penyakit berbahaya.

Malah ia juga boleh menjadi punca bencana alam seperti banjir akibat daripada saliran yang tersumbat disebabkan tabiat buang sampah merata-rata oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Sebab itulah seringkali kedengaran pesanan daripada kerajaan atau pihak berkuasa agar setiap orang sentiasa menjadikan kebersihan sebagai perkara utama yang dijaga dan diamalkan dalam kehidupan seharian.

Namun siapa sangka, tindakan seorang lelaki membuang sampah merata-rata menyebabkan dia dikasari oleh seorang individu.

Tendang Kerana Berang Lihat Warga Asing Buang Sampah Merata-Rata

Menerusi video yang dikongsikan di Twitter @mynewshub, seorang lelaki telah merakam video perbuatan tidak bermoral sekumpulan warga asing ketika kumpulan itu berada di hadapan premis miliknya di Johor Bahru, Johor.

“Tengok ehh, pagi tadi aku sapu, ini dia minum, (kalau) dia buang sampah sepah-sepah aku sepak kepala,” kata lelaki berkenaan.

Namun, tidak lama kemudiannya, seorang warga asing berkenaan dilihat membuang sampah betul-betul di hadapan kedai miliknya.

Tindakan warga asing itu nyata membangkitkan kemarahan apabila dia meluru dan terus menendang warga asing itu.

“P*kim*k lu bau sampah sini, sana laa b*d*h,” kata lelaki itu sambil menunjukkan tong sampah yang terletak di seberang jalan.

Malah, dia juga dilihat berterusan memaki kumpulan warga asing dipercayai dari Bangladesh dan mengingatkan mereka agar membuang sampah ke dalam tong sampah.

“Tong sampah tahu tong sampah? U semua tahu tong sampah? Dustbin tahu dustbin?” tengkingnya lagi.

Namun, di akhir insiden berkenaan, kelihatan lelaki warga asing yang ditendang itu membuang sampah ke dalam tong sampah dan beberapa orang yang lain turut dilihat beredar dari premis berkenaan.

Malah, pemilik video berkenaan sempat menunjukkan gelagat kumpulan tersebut sebelum insiden itu berlaku.

Netizen Berang Dengan Tindakan Lelaki Berkenaan

Perkongsian video tersebut bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi dari kalangan warganet.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengecam tindakan lelaki itu dan berpendapat dia tidak sepatutnya menegur warga asing berkenaan dengan cara kasar sedemikian.

Bagi mereka, seharusnya warga asing itu diberi peringatan melalui cara teguran bukan menggunakan kekerasan fizikal apatah lagi ditendang menggunakan kaki.

Malah, ada yang mempersoalkan adakah dia akan berbuat perkara sama sekiranya pelaku adalah orang tempatan.

Namun, ada juga yang menyokong perbuatan lelaki itu kerana bagi mereka itu caranya untuk mengajar kumpulan berkenaan.

Satu persoalan yang timbul, apakah perasaan kita sekiranya kita dilayan seperti itu sewaktu berkunjung ke negara orang lain atau kita akan memilih mematuhi undang-undang negara berkenaan bagi mengelakkan berdepan dengan insiden serupa.

Kau Ajar Dah Bagus Bang, Tapi Janganlah Sampai Guna Kaki

Cakap Jela Tak Pun Maki, Buatnya Jatuh Terhentak Ke Apa Dah Satu Hal

Dia Best Kalau Buat Macam Ini Dekat Orang Local Sekali

Puas, Kalau Cakap Pun Memang Takkan Jalan

Cara Cakap Dengan Diorang Memang Pakai Kaki & Tangan Je

Baca Artikel Berkaitan: Warga Asing Tunjuk Jari Tengah Selepas Ditegur Letak Longgokan Besi Buruk Di Jalan Ditahan Polis

Baca Artikel Berkaitan: Polis Tahan Lelaki Warga Asing Selepas Tular Video Kencing Di Tempat Wuduk Kompleks BSI

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.