
“Tiada Dalam Keturunan Kami Yang Pergi Ke Tempat-tempat Tak Elok” – Ibu Ameera Khan
Kartini juga meluahkan rasa kesal dan mengecam tindakan biadap pihak tertentu yang menuduh Ameera Khan berjudi lumba kuda di luar negara.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ibu kepada pempengaruh media sosial Ameera Khan iaitu Datin Noor Kartini tampil bersuara mengenai tuduhan segelintir individu terhadap anak perempuannya berjudi di luar negara.
Noor Kartini bertindak sedemikian kerana menganggap tuduhan yang dilemparkan oleh individu-individu tidak bertanggungjawab itu sudah keterlaluan.
Kartini padam video penjelasan kerana tidak mahu panjangkan isu terbabit
Menurut Gempak, bagaimanapun Kartini yang memuat naik video penjelasan di akaun media sosial miliknya telahpun memadam hantaran itu kerana tidak mahu terus memanjangkan isu terbabit.
“Orang kena faham, tempat event dan tempat perjudian berbeza. Kadang-kadang saya geram sebab netizen ini tak faham apa cerita yang sebenarnya.
“Saya padam sebab tak mahu memanjangkan lagi isu ini dan ingin beritahu netizen yang mereka salah,” katanya.
Kartini bangga dan syukur anak-anak tak pernah jejak kaki ke tempat tak sepatutnya
Kartini pada masa sama turut meluahkan rasa syukur dan bangga kerana dikurniakan anak-anak yang tidak pernah jejak ke tempat-tempat yang tidak sepatutnya.
“Alhamdulillah tiada siapa yang nampak anak saya di kelab, tempat perjudian, minum arak, hisap rokok, itu saya bangga.
“Alhamdulillah Allah pelihara, dan tiada dalam keturuan kami yang pergi ke tempat perjudian dan buat seperti yang didakwa. Kita tak pernah jejak kaki pun ke tempat perjudian. Alhamdulilah,” katanya lagi.
Kartini luah rasa kesal dan selar tindakan biadap pihak yang menuduh anaknya berjudi
Kartini yang juga ibu kepada selebriti terkenal, Neelofa sebelum ini meluahkan rasa kesal dan mengecam tindakan biadap pihak tertentu yang menuduh Ameera Khan berjudi lumba kuda di luar negara.
Terdahulu, gambar Ameera Khan berada di sebuah kawasan litar lumba kuda sambil memegang sekeping kertas yang dimuat naik di ‘IG Story’ akaun Instagram miliknya telah ditangkap layar dan disebarkan di platform media sosial yang lain.
Segelintir individu mendakwa Ameera Khan sedang berjudi memandangkan wanita itu memuat naik kapsyen yang tertera ‘placed my bets’.
