fbpx
Now Reading
Wanita Di Amerika Syarikat Saman Google Maps Kerana Suami Kemalangan Hingga Maut

Wanita Di Amerika Syarikat Saman Google Maps Kerana Suami Kemalangan Hingga Maut

Philip Paxson maut akibat kemalangan di Hickory, Carolina Utara selepas mengikut arahan pandu arah oleh Google Maps.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kecanggihan dan kemajuan teknologi pada masa kini diakui banyak membantu memudahkan kehidupan seharian.

Contohnya, jika dilihat pada zaman dahulu, kebanyakan individu akan memilih dan menjadikan peta sebagai panduan terutama ketika bercuti ataupun mahu menuju ke sesuatu lokasi.

Namun, dengan kecanggihan teknologi pada masa kini, perjalanan menjadi lebih mudah dengan penggunaan aplikasi petunjuk arah seperti Waze dan Google Maps.

Walau bagaimanapun, aplikasi ini mempunyai kelemahannya yang tersendiri. Antara kelemahan yang sering didengar adalah kesalahan dalam memberi petunjuk kepada pengguna lebih-lebih lagi di kawasan terpencil.

Malah, yang lebih teruk, kesalahan itu boleh menjadi punca terjadinya kemalangan jalan raya.

Suami Mati Lemas Selepas Ikut Jalan Yang Diberi Google Maps

Begitulah nasib menimpa seorang lelaki suami di North Caroline, Amerika Syarikat apabila dia maut gara-gara mengikut arahan pandu arah oleh Google Maps.

Lelaki yang dikenali sebagai Philip Paxson dikatakan baru sahaja pulang daripada majlis sambutan hari jadi anak perempuannya yang kesembilan tahun di Hickory, North Caroline pada 30 September 2022.

Ketika dalam perjalanan pulang mangsa, 47, telah melalui jambatan runtuh menyebabkan kenderaannya terjerumus masuk ke dalam sungai.

Ekoran daripada ini, mangsa disahkan maut akibat lemas dan dia dipercayai melalui jalan tersebut setelah mengikut arahan panduan melalui aplikasi Google Maps.

Isteri Bertindak Saman Google Maps & Ahli Perniagaan Penyebab Kematian Suami

Susulan daripada kejadian ini, isteri mangsa yang dikenali sebagai Alicia Paxson bertindak untuk menyaman Google Maps atas dakwaan kelalaian dan kegagalan syarikat berkenaan mengemas kini peta tersebut hingga menyebabkan kematian.

Malah, Alicia turut menyaman dua orang ahli perniagaan dan seorang individu yang bertanggungjawab mengawal jambatan yang telah roboh itu.

Menurut Alicia, ketika kejadian tiada papan tanda atau halangan diletakkan pada jambatan tersebut.

Mengikut laporan, sebelum insiden berkenaan, Alicia dan suaminya menaiki kenderaan berasingan di mana dia menghantar dua lagi orang anaknya pulang ke rumah manakala Philip perlu membersihkan kawasan majlis tersebut sebelum pulang ke kediaman mereka.

“Apa yang dialami oleh keluarga kami adalah sesuatu yang mengerikan,” kata Alicia.

Foto: Law & Crime via Saltz Mongeluzzi Bendesky

Google Simpati Dengan Nasib Yang Menimpa Keluarga Paxson

Susulan daripada kejadian tersebut, Google bersimpati dengan nasib yang menimpa keluarga itu. Menurut jurucakap syarikat berkenaan Jose Casneda, matlamat utama syarikat berkenaan adalah untuk menyediakan maklumat yang tepat dalam peta tersebut dan pihaknya sedang menilai saman itu.

Untuk info, Google Maps telah mengarahkan pemandu menggunakan laluan yang sama walaupun jambatan tersebut telah roboh sejak tahun 2013.

Malah, pada November 2020, Google Maps telah menerima aduan daripada seorang penduduk Hickory tentang panduan jalan tersebut, namun, aplikasi berkenaan masih menggunakan jalan yang sama.

Walaupun hampir setahun kematian Paxson, jambatan tersebut masih lagi belum dibaiki dan Google Maps masih menggunakan laluan yang sama dalam aplikasi itu.

Google dan defendan yang lain dikatakan akan menerima saman beberapa minggu yang akan datang.

Malah, saman tersebut turut menyatakan bahawa Google Maps dan platform navigasi yang lain bertanggungjawab dalam mengemas kini laluan yang bahaya untuk digunakan oleh pengguna.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.