fbpx
Now Reading
“Jangan Sentuh Soal Fizikal!” – Siti Nurhaliza ‘Sekolahkan’ Individu ‘Face Shaming’ Liza Hanim

“Jangan Sentuh Soal Fizikal!” – Siti Nurhaliza ‘Sekolahkan’ Individu ‘Face Shaming’ Liza Hanim

Menurut Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa Tokti, rupa paras dan fizikal seseorang itu seharusnya tidak disentuh atau dinilai kerana setiap orang tidak sempurna.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menjadi seorang artis mahupun influencer pastinya bukanlah sesuatu yang mudah, ada sahaja perkara yang akan menjadi bualan netizen di media sosial.

Seperti baru-baru ini, seorang individu telah mengutuk rupa paras penyanyi wanita, Liza Hanim sehingga mendapat perhatian ramai.

Menerusi hantaran di akaun Instagram Liza Hanim, penyanyi wanita berusia 44 tahun itu berkongsi beberapa tangkap layar komen berbaur hinaan oleh individu terbabit.

Kutuk rupa paras Liza Hanim siap bandingkan dengan Siti Nurhaliza

Individu yang menggunakan nama akaun jabatan netizen itu mengutuk rupa paras Liza Hanim selain membandingkannya dengan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Dapat perhatian Siti Nurhaliza, Tokti sifatkan individu terbabit sebagai tidak cerdik

Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, hantaran yang dimuat naik oleh Liza Hanim itu turut mendapat perhatian Siti Nurhaliza atau lebih dikenali sebagai Tokti.

Tokti menerusi ruangan komen menyifatkan individu yang mengutuk rupa paras dan fizikal Liza Hanim itu sebagai sesuatu yang tidak cerdik.

Fizikal seseorang tidak seharusnya disentuh kerana setiap orang tidak sempurna

Menurut Tokti yang sebaya Liza Hanim, rupa paras dan fizikal seseorang itu seharusnya tidak disentuh atau dinilai kerana setiap orang tidak sempurna.

“Tulisan daripada @jab_netizen ini jelas menunjukkan keperibadiannya yang tidak baik dan hati yang hitam.

“Jangan menyentuh soal fizikal, sebab semua orang tidak sempurna. (Saya) kesal dengan kelantangan netizen yang konon pandai menilai tapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya,” katanya.

Tokti beri semangat dan doakan kejayaan Liza Hanim

Pada masa yang sama, penyanyi lagu ‘Percayalah’ itu turut memberi semangat kepada Liza agar terus berjuang di dalam industri seni ini selain mendoakan kejayaannya.

“My dear sis (Liza Hanim), teruskanlah perjuangan kerana setiap pengorbanan dan kesungguhan Allah SWT janjikan kejayaan. Inilah masanya, semoga Allah SWT permudahkan segalanya buat mu.”

Datuk Seri Siti Nurhaliza
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.