fbpx
Now Reading
“Baru Nak Sedih” – Insiden Helmet ‘Terbang’ Semasa Pemuda Tumpangkan Warga Emas Raih Perhatian [Video]

“Baru Nak Sedih” – Insiden Helmet ‘Terbang’ Semasa Pemuda Tumpangkan Warga Emas Raih Perhatian [Video]

Menurut Andy, dia menumpangkan pakcik tersebut selepas mengetahui warga emas berkenaan sudah menunggu teksi hampir satu jam untuk pulang ke rumah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tak dinafikan amalan membantu orang lain dan juga makhluk lain merupakan satu perkara yang baik.

Malah sesiapa yang melakukannya turut diberikan ganjaran pahala kerana telah cuba meringankan beban orang lain.

Tindakan penunggang motosikal bantu seorang pakcik undang perhatian

Baru-baru ini, seorang penunggang motosikal telah cuba membantu seorang pakcik sehingga ia mengundang perhatian ramai.

Menerusi video dimuat naik oleh @andypikachu_official di TikTok, awalnya dia terjumpa seorang warga emas dan individu itu kemudian menjelaskan dia telah menunggu hampir satu jam untuk mendapatkan teksi untuk pulang ke rumah di Mentakab, Pahang.

“Pakcik cakap dah dekat satu jam tunggu teksi tapi tiada, ada teksi pun tak nak berhenti. Pakcik baru balik dari ambil hospital,” kata pakcik tersebut.

Hantar pakcik pulang ke Mentakab selepas sejam tunggu teksi

Andy yang kasihan melihat pakcik itu kemudian membuat keputusan untuk menghantar pakcik tersebut ke rumahnya.

“Pakcik cakap tak apalah hantar saya dekat temerloh pun sudah cukup. Tapi fikir-fikir baik hantar terus ke Mentakab.

“Tak jauh sangat dalam 17km, naik motor sekejap je sampai. Lagipun petang-petang macam ni susah nak cari teksi,” jelas Andy.

Dia kemudian membantu pakcik tersebut menaiki motosikalnya sambil memegang beberapa barangan yang dibawa oleh individu berkenaan sebelum memulakan perjalanan ke Mentakab.

Helmet melayang jadi perhatian ramai

Namun apa yang menjadi perhatian ketika dipertengahan perjalanan pakcik itu kemudian menepuk-nepuk bahu Andy untuk memaklumkan sesuatu perkara.

“Rupanya helmet (topi keledar) pakcik melayang ke belakang,” ujarnya. Malah menerusi video turut kelihatan sebelum helmet itu melayang, pakcik berkenaan sedaya upaya cuba untuk menyelamatkannya.

Sebaik dimaklumkan oleh pakcik berkenaan, Andy kemudian mencari helmet berkenaan yang mungkin terjatuh di tepi jalan.

“Nasib baik jumpa semula helmet pakcik,” mereka kemudian meneruskan perjalanan sehingga sampai di Mentakab.

Siap nak belanja makan kerana dah bantu hantar ke Mentakab

Walau bagaimanapun, pakcik berkenaan meminta Andy untuk menurunkannya di suatu kawasan dan dia akan mencari teksi untuk pulang ke rumah di Batu 5 Jalan Karak.

“Pakcik siap nak belanja makan dulu, saya cakap tak apa lain kali sebab saya nak masuk kerja.”

Pakcik itu kemudian mengucapkan terima kasih kepada Andy kerana sudi menghantarnya sehingga ke Mentakab.

@a_nd_y_87 reposted) Betul kata UAI ..dalam dunia ni tiada yang kebetulan..semoga yang baik2 untuk semua🤲🤲 #amaljariahku #andypikachu #andypikachu_official #r25 #fyppppppppppppppppppppppp #fypdoooonggg #xyzbca ♬ Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama

Rasa serba salah nak gelak namun insiden ‘helmet terbang’ kelakar

Melihat di ruangan komen, insiden helmet ‘terbang’ itu telah memberi pelbagai reaksi di kalangan orang ramai ini kerana awalnya mereka berasa kasihan dengan pakcik tersebut.

Namun dalam masa sama insiden itu telah menimbulkan rasa lucu kepada mereka sehingga ada yang serba salah untuk ketawa.

Tidak kurang juga ramai yang mendoakan Andy atas kebaikan yang dilakukan kepada pakcik tersebut.

“Helmet bang, saya dah keluar air mata dah termasuk balik sebab helmet”

“Part helmet hmm, semoga murah rezeki hang”

“Memang sedih tapi pasal helmet tu terketawa pula aku, sampai terbang jadinya”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.