fbpx
Now Reading
Pemandu Teksi Thailand Dikecam Selepas Tegur Penumpang Obes, Dakwa Beratnya Boleh Rosakkan Kereta

Pemandu Teksi Thailand Dikecam Selepas Tegur Penumpang Obes, Dakwa Beratnya Boleh Rosakkan Kereta

Tindakan pemandu teksi tersebut secara tidak langsung telah menyebabkan penumpang berkenaan rasa terhina dan kecewa.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan setiap manusia mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat mereka dalam apa sahaja perkara.

Namun, ianya perlulah secara berhemah atau dalam keadaan yang baik dan sopan agar ia tidak menyakiti hati mana-mana individu.

Pemandu teksi tegur penumpang obesiti kata absober kereta boleh rosak

Baru-baru ini, seorang pemandu teksi di Thailand telah dikecam oleh orang ramai dan netizen di negara berkenaan.

Semua gara-gara tindakannya menegur seorang penumpang obesiti secara keterlaluan dengan menyatakan dia boleh menyebabkan absorber pada teksi berkenaan rosak kerana terlalu berat.

Namun kebimbangannya itu telah menyebabkan penumpang berkenaan rasa terhina serta kecewa.

Menerusi video yang dikongsikan, awalnya penumpang tersebut telah bertanya mengapa pemandu berkenaan tidak menyatakan mengenai kebimbangan tersebut dari awal bagi mengelakkan daripada berlaku situasi yang menjanggalkan, lapor The Thaiger.

Tak pernah berdepan situasi tersebut sepanjang menaiki teksi lain

Penumpang itu kemudian meluahkan dia berasa sakit hati dan tidak pernah berdepan dengan perkara sebegitu sepanjang menaiki teksi yang lain.

Dia kemudian mencadangkan agar pemandu teksi berkenaan menurunkannya jika kehadirannya dalam kenderaan itu membuatkan lelaki berkenaan tidak selesa.

Pemandu teksi itu kemudian menjelaskan dia menjalankan operasi mengikut undang-undang dan tidak bermaksud untuk membuli sebaliknya hanya menyatakan fakta seperti yang difahami.

Netizen sifatkan tindakan pemandu teksi tidak wajar

Penularan video tersebut menarik perhatian orang ramai yang menyifatkan tingkah laku pemandu berkenaan adalah tidak wajar dan seolah-olah membuli penumpang.

Bukan hanya itu, ia turut menimbulkan perdebatan antara netizen mengenai etika dan tatakelakuan seorang pemandu teksi terhadap penumpang.

Perkara itu secara tidak langsung mencerminkan keperluan untuk garis panduan yang lebih jelas untuk komunikasi yang lebih baik, lapor Sanook.

Jika diberitahu lebih awal takkan penumpang tak akan naik teksi berkenaan

Malah luahan pemandu berkenaan telah menyebabkan penumpang berasa tidak gembira dengannya.

“Mengapa tidak cakap dari awal yang anda tidak menerima penumpang mempunyai berat berlebih kerana bimbang boleh menyebabkan absober rosak?

“Saya boleh mengelak dengan tidak menaikinya. Ia tidak seperti awak merendahkan saya, membuat saya berasa buruk.

“Saya biasa menaiki banyak teksi namun tidak pernah berdepan dengan situasi seperti ini,” ujarnya.

Jelaskan dia hanyar bercakap benar, minta penumpang bayar jika nak turun

Pemandu itu kemudian membalas apa yang dikatakan itu adalah perkara yang menyakitkan hatinya namun dia bercakap benar kerana bimbang alat itu akan rosak.

Malah turut memaklumkan kepada penumpang berkenaan sekiranya dia mahu turun dari kenderaan terbabit dia tetap perlu membayar tambang tersebut kerana bukan dirinya yang menghalau penumpang itu.

“Saya membenci orang seperti ini”

“Saya faham perasaan pemandu teksi, tetapi saya risau kereta saya akan rosak. Namun dia mempunyai peluang untuk membaca mesej ini, saya mahu memberitahu kereta itu tidak akan rosak sebegitu mudah..”

“Hanya mimpi, awak lebih pentingkan diri dari realiti. Pemandu teksi di Thailand mempunyai mulut yang pedas”

“Bayar dan turun dari teksi tersebut”

“Pemandu teksi ini mempunyai mulut yang pedas”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.